Share This Post

Isu Forex Malaysia / Kisah Pengasas MoshedFX

MoshedFX.com Kini Terpapar di iFX EXPO INTERNATIONAL 2015, Event Forex Bertaraf Dunia!

MoshedFX.com Kini Terpapar di iFX EXPO INTERNATIONAL 2015, Event Forex Bertaraf Dunia!

Sekali lagi MoshedFX.com telah terpilih oleh Team iFX EXPO Conversion Pros. Kali ini pula untuk event iFXEXPO International 2015 yang akan berlangsung di Limassol, Cyprus selepas kejayaan mereka untuk Ekspo Forex terbesar Asia di Hong Kong.

Dengan kehadiran lebih 2000 pengunjung dan lebih 80 syarikat terdiri dari pelbagai bidang dalam forex akan turut sama memeriahkan acara ini pada 26 hingga 28 May 2015. Majlis terbesar iFXEXPO ini akan diadakan di Grand Resort, Limassol.

Saya berasa syukur kerana MoshedFX.com adalah satu-satunya website Malaysia yang penulisan dan penyampaiannya Bahasa Melayu kini bersama website-website forex yang bertaraf internasional yang berbahasa Inggeris di mata dunia. MoshedFX.com juga adalah satu-satunya Wakil Tunggal dari Malaysia yang menjadi Rakan Media iFXEXPO International.

iFXEXPO kali ini agak berbeza daripada iFXEXPO Asia kerana iFXEXPO International ini diadakan di hub forex global sebab itu dinamakan iFXEXPO INTERNATIONAL.

Kali ini iFXEXPO juga menyediakan Lucky Draw pelbagai hadiah dan yang paling bertuah akan memenangi sebuah Mercedes E-Class Cabriolet. Hadiah lucky draw lain yang menarik adalah Trip 7 hari ke Las Vegas dan peluang memenangi Trip Menonton Champions League.

Selepas MoshedFX.com mengharumkan nama Forex Malaysia di iFXEXPO Hong Kong tempoh hari, kini Nama MoshedFX.com akan terbang ke Cyprus pula. Seperti kita tahu acara yang berlangsung ini akan mengumpulkan pelbagai Forex Broker, Penganalisa Professional, Bank-bank forex dan banyak lagi.

Saya sebagai Founder MoshedFX.com merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua follower dan pelawat Blog Forex No 1 di Malaysia ini, dan saya akan sentiasa terus majukan MoshedFX.com agar dapat memberikan manfaat kepada semua forex trader seluruh Malaysia. Kejayaan MoshedFX.com hari ini adalah dari 30,000 pelawat blog ini setiap bulan yang tidak henti-henti menyokong saya untuk membantu curahkan ilmu dan pengalaman kepada semua forex trader.

Anda boleh lawati www.ifxexpo.com untuk maklumat lebih lanjut.

signature-moshedfx

 

 

 

MoshedFX,
Pengasas,
www.moshed.com
www.mudahnyabelajarforex.com

 

forex-expo-malaysia-moshedfx-01

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register