Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

MoshedFX.com Terpapar di Ekspo Forex Antarabangsa – iFXEXPO Asia Hong Kong 2016

MoshedFX.com Terpapar di Ekspo Forex Antarabangsa – iFXEXPO Asia Hong Kong 2016

MoshedFX.com telah terpilih lagi oleh iFX EXPO Asia 2016 untuk menjadi Rakan Media yang akan memberikan ulasan acara iFXEXPO yang akan berlangsung di Hong Kong Convention & Exhibition Centre. Acara yang mengumpulkan lebih 2000 peserta ini diadakan pada 26 January 2016 sehingga 28 January 2016.

MoshedFX.com adalah Blog Forex No 1 di Malaysia dan telah menjadi Rakan Media Tunggal dari Malaysia yang sebaris bersama-sama rakan media forex bertaraf dunia seperti FxStreet.com, Investing.com, Forex Magnates, Daily FX dan banyak lagi nama-nama terkenal dunia. Anda boleh lihat pada screenshot yang diambil dari Laman Web iFXEXPO iaitu www.ifxexpo.com – Logo MoshedFX.com tertera di situ.

moshedfx-forex-expo-01

Ini bukanlah pertama kali MoshedFX.com menyertai iFXEXPO anjuran Conversion Pros & Finance Magnates, tetapi ini adalah sudah kali ke-3. Kali pertama adalah pada iFXEXPO Asia 2015 di HongKong dan kali kedua adalah di iFXEXPO International 2015 di Cyprus.

Seperti kita tahu yang iFX EXPO ini adalah event ekspo bertaraf dunia yang akan disertai oleh puluhan pameran broker forex bertaraf antarabangsa. Lebih daripada 80 syarikat yang menerajui bidang forex trading menyertai ekspo ini. Ia terdiri daripada Forex Media, Forex Broker, Penganalisa Forex, Bank-bank besar dan banyak lagi.

Saya sebagai pengasas MoshedFX.com, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pelawat Blog Forex No 1 di Malaysia ini, dengan berkat sokongan anda, MoshedFX.com kini sudah menjadi satu jenama internasional di dalam industri forex dunia.

Saya akan mempertingkatkan lagi kesungguhan untuk melakukan lebih banyak usaha-usaha yang dapat memberikan manfaat kepada semua forex trader tidak kisah kepada yang baru nak kenal tentang forex, atau yang sudah lama. Pendek kata usaha akan dipertingkatkan kepada semua yang berada di seluruh Malaysia pada tahun 2016 untuk sama-sama berjaya menjadikan forex trading sebagai sebuah alat untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup. Jadi jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW FB page rasmi MoshedFX di http://www.facebook.com/moshedfx – agar tidak lepas info terkini.

Teruskan sokongan anda kepada MoshedFX.com. Kepada yang pergi iFX EXPO Asia di HongKong pada 26-28 Jan 2016 nanti, kalau jumpa saya jangan segan-segan untuk tegur ya. ! 😎

moshedfx-forex-expo-2016

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register