728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Exness

MoshedFX Kongsikan 5 Tip Bagaimana Untuk Mencuba Broker Forex Baru

Saya sebenarnya dalam proses mencuba sebuah lagi Broker Forex bernama Exness. Exness adalah broker forex yang bertapak di Cyprus dan regulated di bawah Cyprus Security Commission iaitu CySec. Broker forex ini sudah lama bertapak, sejak tahun 2008 lagi dan so far saya dengar tiada masalah dalam proses withdrawal.

Apa yang menarik tentang forex broker ini bagi saya adalah pilihan akaunnya yang sangat flexible serta cara proses deposit withdrawal yang sangat flexible. Kerana ada yang bertanya, ada tak sebuah broker forex yang sesuai untuk bermula dan untuk cuba biasakan diri dengan forex market. Melalui kajian saya, ia bukan sahaja sesuai untuk pemula, tetapi juga sesuai untuk yang sudah lama berkecimpung dalam forex kerana ciri-ciri akaunnya yang agak flexible.

Contoh akaun dari Broker Exness, ada yang menawarkan variable spread dan juga fixed spread walaupun dalam kategori 5 decimal broker. Tiada deposit minima, deposit mudah menggunakan Neteller ataupun Excard. Juga menawarkan akaun zero spread dan tight spread seperti Classic dan ECN.

telegram-moshed

 

Untuk bermula cuba dengan mana-mana forex broker yang baru, saya biasakan amalkan tip-tip berikut.

# Tips 1

Bermula dengan deposit kecil. Saya biasanya bermula dengan cuba method deposit yang available yang dianggap paling mudah. Amount yang biasa saya cuba ialah USD100. Kebiasaannya, itulah cost pemula yang saya cuba. Dari sana saya akan tengok, adakah sesuai untuk cuba amount besar ataupun terus dengan amount yang kecil.

# Tips 2

Pilih akaun yang benarkan buka lot kecil, serendah 0.01 atau ada micro/cent lagi bagus. Dengan modal yang ada USD100, jadi boleh cuba open order berulang kali untuk test kelajuan server trading broker tersebut. Saya biasanya buka tutup berulang kali dengan nilai kecil 0.01. Buy sell. Buy Sell banyak-banyak. Dan selepas itu cuba tutup order dengan pantas juga. Di sini anda akan rugi nilai spread, tetapi campur tolak baru dalam USD10. Kira okey la untuk test server broker tersebut.

# Tips 3

Cuba kaji member area nya. Saya lihat broker Exness, memudahkan kita untuk buka dan tutup akaun seberapa banyak yang kita suka. Jadi saya rasa ia sangat sesuai untuk digunakan saya sebagai HIGH RISK akaun kerana ia juga menawarkan Leverage 1:2000. Leverage yang besar diperlukan jika anda ingin menggunakan akaun tersebut sebagai High Risk akaun. (pada tahap ini, anda patut tahu apa itu high risk akaun. Jika tak tahu saya akan cuba terangkan pada post2 yang akan datang)

# Tips 4

Perhatikan pergerakan tick price setiap masa. Broker yang bagus, mempunyai pergerakan harga tick price yang sangat cepat dan accurate. Maksudnya price tersebut sangat peka dengan pasaran dan mempunyai respon kelajuan yang baik dari server. Jika pergerakan lembap, masa pada market watch banyak skip, akan menjadikan bentuk candle pada time frame kecil kurang cantik. Jadi jangan lupa untuk perhatikannya. Exness melepasi semua tahap terbaik pergerakan tick price.

# Tips 5

Cuba withdraw banyak kali. Apabila withdraw, kita akan perhatikan karenah broker dalam menguruskan pengeluaran duit pelanggan. Jadi anda boleh cuba withdraw amount deposit, dan mungkin anda sudah trade ada sedikit untung. Cuba withdraw sikit-sikit banyak kali. Broker Exness, sepantas kilat diproses ke Neteller/Excard Akaun anda!

Jadi saya sudah bersedia untuk memasukkan Exness sebagai sebuah akaun broker pilihan saya. Anda nak cuba?
Jika anda juga ingin cuba, boleh terus buka akaun di sini. Klik di sini > Ke Laman Web Exness

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register