728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Broker Review / Exness / Kisah Pengasas MoshedFX

MoshedFX Kongsikan Cara Pengurusan Akaun Sebagai Seorang Full Time Forex Trader

MoshedFX Kongsikan Cara Pengurusan Akaun Sebagai Seorang Full Time Forex Trader

Artikel ini telah di kongsikan di wall FB Pengasas MoshedFX.com iaitu Moshed Mohamad dan di’publish’ semula di sini.

Risk Management Guna Trading Account sebagai Full Time Forex Trader

Sebelum ni saya pernah janji nak cerita tentang ni bukan? Ok, sorry delay sikit. Tapi saya akan tunaikan jugak. Bagaimana nak manage account forex kita agar meminimakan risiko kita, dan agar dapat kita bertahan lama dalam forex trading. Baca sampai habis jika anda nak tahu Tips yang jadi Game Changer dalam kerjaya saya as forex trader.

Tak kisah part time atau full time, boleh ikut tips ini. Ramai orang ingat bila nak serius dalam forex trading ni, buka satu akaun besar dan trade ambil 2% sehari dari akaun tersebut. Pelan2 grow.

Contoh, Plus minus sebulan profit sekitar 20% atau 30%. kalau 30% dari USD10K, sudah USD3K. Dalam RM sekitar RM12,000 dah rate sekarang. Siapa nak bagi gaji banyak tu betul tak?

Itu ramai yang fikir untung saja. Bagaimana kalau rugi. Trade punya trade, bulan tu rugi 10%-15%. USD1.5K dah dekat RM5,000. Jadi income bulan tu, memang tak dapat lah. Dah rugi macam mana nak withdraw. Katakan bulan depan rugi lagi. Macam mana nak maintain life?

Itu yang ramai orang silap.

forex-risk-management-malaysia-01

Saya mula-mula pun macam tu. Tapi permulaan baik, untung berderet beberapa bulan. Seronok, hidup enjoy. Withdraw semua profit. Profit banyak. Guna enjoy sebaik mungkin. Bulan depan kononnya akan dapat lagi. Selepas beberapa bulan ada yang rugi. Masuk 2 bulan rugi berturut-turut. Saya dapat kaji satu cara untuk maintain. Saya start over, dan inilah jadi game changer dalam trading saya. Nak tahu bagaimana?

Saya trade macam biasa dan usahakan sebaik mungkin untuk untung bulan seterusnya. Bulan depan lepas tu seronok, ada untung. Saya withdraw profit. Saya hanya guna half sahaja. Half lagi saya bahagi kepada 5 akaun HIGH RISK.

5 Akaun tersebut, saya cari forex broker yang bagi leverage tinggi macam 1:2000 dan juga bonus yang cantik, 50%-100% support margin. Saya dah dalam forex hampir 10 tahun, jadi saya sudah dapat detect mana-mana teknik, masa atau cara trade yang saya boleh collect sekitar 10-15 pips sekali trade. Apa lagi, dengan bonus dan leverage yang broker bagi. Saya jadikan inilah akaun high risk, tibai full margin.

Kalau anda sudah trade mungkin lebih 3 tahun, takkan lah tak dapat kaji mana2 tempat yang anda selesa ambil 10-15 pips. Yang winning ratio nya sangat tinggi untuk FULL MARGIN!

Siapa kata guna leverage tinggi tak bagus? Hanya orang yang tak dapat manfaatkannya sahaja yang akan rasa macam tu. Semua perkara ada pro and kontra, betul tak?

Dalam 5 akaun, akan ada 1-2 rugi. Tetapi yang menariknya keuntungan dari 3 akaun lagi, boleh capai 3 kali ganda keuntungan akaun low risk saya.(half yang saya guna tadi).

Ini yang ramai forex trader kita tak tahu!

Dari situlah kita grow akaun, topup ke dalam low risk, bahagi jadi high risk. Lama-lama anda akan ada akaun low risk, medium risk, dan high risk. Ketiga2 akaun ini nescaya dapat maintain hidup anda as full time trader.

Akan ada bulan yang semua akaun high risk MC. Kuranglah income sikit bulan tu, tetapi income dari low risk sudah agak besar. Jadi perlahan-lahan anda akan ada satu portfolio yang cantik dan dapat maintain hidup anda. Full time, atau part time terserah kepada anda. Janji profit.

Sila klik SHARE jika rasakan tips ini bermanfaat. Mungkin dengan sharing kita, dapat bantu komuniti forex trader kita di Malaysia. Tak dapat bantu banyak, bantu sikit betul tak?

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register