728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Broker Review / Exness / Tips dan Nasihat

MoshedFX Pesan, Lebih Baik Fokus Trade 1-2 Pair Berbanding Trade Banyak Pair

MoshedFX Pesan, Lebih Baik Fokus Trade 1-2 Pair Berbanding Trade Banyak Pair

Correlation pair. Mesti ramai pernah dengar kan? Teknik trade correlation pair dulu memang popular, sekitar tahun 2009-2010 tak salah saya. Masa tu bukan macam sekarang. Sekarang, ramai yang trade satu atau dua, atau tiga pair sahaja.

Masa dulu, tak mainlah trade sikit-sikit saja pair. Dulu sekali trade mau terus ke 21 pair. Dari major pair sehingga ke exotic pair. Sebab tu habis kecundang semuanya, akibat overtrade dan hentam kromo.

Bagi yang tak pernah tahu apa itu correlation pair, saya akan cuba terangkan cara paling mudah faham.

telegram-moshed

Correlation currency atau correlation pair adalah pair yang ada kaitan satu sama lain. Sama ada dua jenis pair bergerak sama arah atau berlawanan arah.

Contoh : EUR/USD adalah correlation pair bagi USD/CHF. Apabila pair EUR/USD naik, dijangkakan USD/CHF akan turun. Jadi kalau nak BUY EUR/USD, trader yang mengamalkan trade correlation juga akan SELL USD/CHF.

Oleh ketaksuban trade semua pair yang ada di MT4, saya masih ingat ada teknik-teknik popular waktu itu yang galakkan terus trade sehingga 21 pair. Banyak betul tu. Contohnya mereka akan trade serentak semua pair yang ada.

Contohnya, 

BUY EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, NZD/USD dan SELL USD/JPY, USDCAD, USDCHF dan banyak lagilah. Semua masuk serentak. Ha ha. Pening betul waktu itu.

Tetapi kenapa ramai yang terpengaruh? Sebab ramai trader forex ni tamak. Macam saya juga dulu, masa awal-awal dalam bidang ini. Nak bolot semua habis. Kalau boleh, semua pair di MT4 tu nak trade. Inilah yang akan menyebabkan overtrade. Kalau boleh untung tak apa juga. Lebih banyak pair, lebih banyak pergerakan dan sentiment pasaran perlu faham. Jadi lebih susah sebenarnya.

Sebenarnya cara yang betul, jika anda baru sahaja kenal-kenal forex. Fokus kepada satu atau dua pair sahaja. Ini membantu anda lebih faham tentang pergerakan pair tersebut. Selepas itu anda juga boleh fokus kuasai berita fundamental, seperti data ekonomi, sentiment, geopolitik untuk matawang negara yang anda trade tersebut.

Jika trade banyak-banyak pair, bermaksud anda perlu banyak sangat membaca dan perlu banyak faham aktiviti ekonomi banyak negara. Kan lebih susah. Nak kena faham bukan hanya sebuah atau dua buah negara. Tetapi dah macam kena hafal ekonomi semua negara dalam peta dunia tu! Jangan pilih jalan sukar.

Jika anda boleh untung dengan hanya trade 1-2 pair sahaja, kekalkan momentum tersebut. Lebih lama anda perhatikan pair tersebut, lebih anda mudah faham pergerakannya. Dan akan menjadikan anda lebih senang menjana keuntungan.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register