728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Broker Review / FBS Inc

Mr.Denis Terangkan Kenapa FBS Merupakan Sebuah Platform Trading Paling Sesuai Untuk Trader di Malaysia

Forex trader ini selalunya trade dengan broker ikut-ikutan. Ada rakan trade di broker sana, mereka ikut. Kadang-kadang rakan yang mereka ikut pun belum kenal betul-betul dengan forex broker yang mereka guna.

Ramai tanya saya guna broker apa untuk trading. Hari ini saya nak ceritakan salah satu Forex Broker yang saya gunakan.

Saya adalah salah seorang trader yang menggunakan Broker FBS Inc. Oleh sebab dalam Blog MoshedFX.com juga saya ada recommend Broker FBS, jadi saya ambil keputusan untuk cuba dapatkan sedikit maklumat dalam bentuk interview dan soalan, khas kepada Wakil Broker FBS ni. Untuk saya kongsikan bersama-sama forex trader yang sentiasa melayari Blog Forex No 1 di Malaysia ini.

telegram-moshed

Selalunya kita tahu yang wakil-wakil di Malaysia sahaja yang ramah mesra dengan kita, orang Malaysia. Tetapi lain bagi Broker FBS. Team Management mereka sangat peramah dan mesra melayan pertanyaan saya, walaupun saya tanya banyak. Ini membuatkan kita menjadi semakin rapat dengan Forex Broker kita guna. Cari broker yang sesuai dengan kita, dan buat kawan. Anything, kita boleh senang-senang refer mereka.

fbs-malaysiaGambar Sumber : FBS Instagram (fbs_forex)

Berikut saya kongsikan perbualan saya dengan Wakil mereka.

Soalan dan jawapan di bawah di tulis dalam gaya sedikit “skema” agar maksud sampai dan anda faham.

M : MoshedFX

FBS : Wakil FBS – Mr. Denis Tetyushin

M : Terima kasih, Denis Tetyushin atas kerjasama sudi di temuramah oleh MoshedFX. Sila perkenalkan diri anda, dan beritahu kami sedikit tentang diri anda dan tugas anda di syarikat FBS.

FBS : Hello! Saya seorang Pengurus kanan pembangunan di syarikat FBS dan saya bekerja di bahagian promosi dan pembangunan untuk negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Saya gembira untuk mewakili syarikat kami untuk portal yang besar dan terkenal seperti anda, dan saya gembira untuk menjawab semua pertanyaan anda. Tugas harian saya, sebagai salah seorang daripada pakar-pakar utama syarikat di kawasan yang nyatakan tadi, adalah bekerjasama dengan rakan kongsi, berkomunikasi dengan pelanggan. Juga, saya boleh mengatakan bahawa saya telah bekerja di syarikat ini sejak tahun awal penubuhan dan mempunyai kefahaman yang lengkap tentang perkembangan dalam perkhidmatannya.

M: Pada pendapat anda, apakah kelebihan FBS berbanding dengan syarikat broker lain?

FBS : Saya akan memberi tumpuan kepada manfaat yang paling penting iaitu keutamaan pelanggan, terma dan syarat  perdagangan yang memenuhi kehendak, promosi dan peraduan yang berterusan dan pendekatan mesra kepada semua individu yang trade bersama FBS. Dan yang paling penting – kami suka pelanggan kami dan kami bekerja untuk mereka, dengan mewujudkan semua syarat dan kami pastikan ia dapat membantu pedagang berjaya.

Sejak penubuhan syarikat, FBS telah komited untuk melakukan sesuatu yang istimewa – kami telah membawa banyak idea-idea baru untuk Forex Industri dan menganjurkan peraduan dan promosi baru dan menarik yang akan menggembirakan pelanggan kami. Selain itu, kami berusaha untuk mencapai satu tahap terbaik dalam “perniagaan dalam talian” dan menjadi lebih dekat dengan pelanggan kami, kami membuka pejabat perwakilan, bekerja  keras pada pembangunan program perkongsian, mengambil bahagian dalam pameran dan menaja acara, seminar dan perayaan.

Tetapi bukan itu sahaja! Kami mahu pelanggan kami gembira menjana wang melalui Forex Trading – jadi setiap hari pekerja FBS berusaha untuk menjadikan berdagang di syarikat kami adalah satu perjalanan yang menarik untuk mencapai kejayaan.

M : Promosi FBS adalah sangat menarik. Adakah matlamat anda untuk membuat banyak promosi yang menarik di FBS?

FBS : Ya, sesungguhnya, kami berusaha untuk memjadikan pedagang tanpa batasan dengan sentiasa mencipta sesuatu yang baru!

Bagi kebanyakan pelanggan tidak cukup hanya untuk membuat wang di Forex, mereka mahu sesuatu yang lebih lagi untuk mencapai sesuatu di samping persaingan yang adil. Mereka perlu broker yang menyediakan bukan sahaja ketenangan dalam trading, tetapi perdagangan yang menarik dan persaingan yang sihat.

Dan matlamat kami –  agar trader forex semua gembira dan berjaya! Oleh itu, kami sentiasa menggembirakan pelanggan kami dengan lelongan, bonus, tawaran istimewa dan peraduan baru.

M : Apakah pendapat anda mengenai kejujuran syarikat forex?

FBS : Kami melaksanakan perdagangan Forex secara jujur. Dalam perjalanan kami, untuk bersaing dengan syarikat-syarikat Forex Broker lain, kami memenuhi semua piawaian yang ditetapkan oleh pengawal selia(badan regulator), cara kerja dan memberi perkhidmatan dengan jujur  – semua pihak akan beroleh keuntungan. Ini mewujudkan satu kelebihan besar untuk pedagang-pedagang keseluruhannya.

Perkara utama adalah pilihan broker yang tepat. Terdapat banyak broker forex yang tidak telus, tetapi mujurlah, pasaran industri forex ini menyingkirkan mereka dari kalangan broker yang digemari dengan cepat. Oleh itu, anda perlu memberi perhatian hanya kepada syarikat-syarikat yang terkenal, yang telah lama menjalankan perniagaan beberapa tahun dan mempunyai beberapa anugerah seperti kami.

M: Bagaimana FBS membantu pelanggan untuk berjaya dalam pasaran Forex?

FBS : Kami mempunyai pelbagai cara. Seperti yang telah saya nyatakan, kami memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan dan pendekatan individu. Untuk membantu setiap pelanggan kami, kami menawarkan sokongan berterusan, yang akan memberikan jawapan yang memuaskan kepada sebarang soalan serta pengurus peribadi untuk rakan kongsi yang aktif dan pelanggan dengan deposit besar. Tetapi perkara utama yang akan membantu adalah keselesaan dan perkhidmatan kami yang direka khas untuk mereka untuk berjaya dengan lebih mudah!

Syarikat menyediakan pelbagai jenis akaun, semua orang boleh mencari pilihan yang sesuai. Akaun Cent – bagi mereka yang baru bermula dalam perdagangan. Akaun Mikro – bagi mereka yang ingin mengira dengan tepat keuntungan mereka. Akaun Standard – untuk pedagang berpengalaman yang bercita-cita untuk meningkatkan kejayaan. Akaun Zero Spread – bagi mereka yang lebih suka untuk berdagang pada kelajuan yang tinggi. Akaun Unlimited – untuk penakluk tertinggi, order yang membelakangkan pasaran. Dan jika anda seorang muka baru atau mahu menguji strategi perdagangan baru, anda sentiasa mempunyai peluang untuk berlatih pada akaun demo kami.

Menjana wang dengan FBS dengan tanpa pelaburan, tanpa deposit juga disediakan. Apabila anda baru membuka akaun Cent syarikat menyediakan $5 PERCUMA, yang merupakan permulaan yang baik. Terdapat banyak nasihat daripada pedagang-pedagang yang telah memperolehi sejumlah besar daripada promosi ini.

Sebagai tambahan kepada bonus $5, kami menawarkan 100% bonus pada setiap kali deposit. Syarikat kami juga menyediakan pedagang-pedagang dengan pilihan Rebat sendiri sehingga $ 15 bagi setiap transaksi serta pampasan komisen atas deposit menggunakan sistem pembayaran elektronik. Ini hanya beberapa perkhidmatan kami, promosi yang paling popular sentiasa kami adakan secara berterusan.

M: Sila beritahu kami bagaimana FBS berjaya menerima banyak anugerah.

FBS : Ia amat mudah – syarikat FBS di bidang kesejahteraan pelanggan, dan ini bukan merupakan tahun pertama kami sediakan perkhidmatan yang menguntungkan dan sokongan dipercayai untuk pedagang-pedagang kita.

Setiap tahun, kejayaan syarikat ditandai oleh organisasi berwibawa dan pameran berprestij. Sejak awal tahun 2015, kami telah menerima beberapa anugerah, dan kami mempunyai beberapa lagi jemputan untuk upacara pameran.

Ia sangat penting bahawa kami telah dianugerahkan pada tahun ini, semasa tempoh ketidakstabilan dalam industri forex broker, apabila banyak syarikat yang beroperasi di pasaran pertukaran asing telah runtuh dan bankrap. Tetapi FBS terus menerajui industri ini dan terus kepuncak kejayaan!

Saya percaya bahawa rahsia kejayaan di FBS adalah kejayaan pelanggan kami. Ramai orang menghargai perkhidmatan kami, dan saya yakin bahawa ini adalah sebab mengapa kami terus menerima anugerah berprestij tersebut.

Perlu diingatkan bahawa pada tahun ini, buat kali pertama, FBS menerima anugerah untuk “Broker ECN Terbaik di Asia 2015” dan “Broker Forex ECN / STP Terbaik 2015” – ini sangat penting untuk kami! Kami berusaha untuk sentiasa berada di puncak dan memilih penyelesaian yang paling inovatif!

M : Apakah faedah yang boleh diterima pelanggan jika berminat untuk membuka akaun di FBS?

FBS : Untuk pelanggan kami syarikat menawarkan syarat yang baik seperti – Leverage sehingga 1: 2000, peluang untuk berdagang dengan spread sifar, pelbagai instrumen perdagangan dan CFD dan komisen rakan kongsi sehingga $ 80 per lot. Pada pendapat saya ini adalah tawaran yang melambangkan kejayaan yang paling besar dan membezakan kami dari banyak pesaing.

Setiap pedagang boleh menginsuranskan dana mereka, menerima bonus 100% pada deposit mereka dan memilih Rebat sendiri sehingga $ 15 untuk setiap urus niaga. FBS menjalankan promosi dan peraduan seperti “Epal yang banyak” dengan peluang untuk memenangi iPhone6, hadiah cabutan untuk kereta, pertandingan pada akaun demo dengan hadiah wang tunai – FBS PRO dan pertandingan pada akaun perdagangan nyata – Super Trader serta promosi untuk rakan kongsi seperti iPartner.

Pada masa ini pasukan FBS sedang membangunkan satu laman web baru bagi syarikat. Kami membuat tema yang berwarna-warni di laman web kami supaya pelanggan-pelanggan kami bekerja dengan kami merasakan seperti satu permainan yang menarik. Kami juga menyediakan peraduan yang luar biasa, yang mana, pada masa itu, tersimpan rahsia, di mana pedagang akan memilih hadiah mereka sendiri!
 

M : Apakah nasihat anda untuk semua trader forex di Malaysia?

FBS : Nasihat saya adalah sangat mudah – pendekatan penuh tanggungjawab untuk perdagangan Forex. Semua perlu disediakan ilmu secukupnya – analisis yang berkelayakan, perkhidmatan khas dan pengurusan peribadi.

Sebagai permulaan ia sangat bagus untuk diamalkan, dengan pelaburan yang kecil sedikit. Apabila anda mendapat keyakinan, anda mampu untuk mendapatkan transaksi dan meningkatkan keuntungan anda dengan modal yang lebih besar.

Tetapi anda perlu sentiasa kekal seimbang, munasabah dengan bidang ini dan jelas tujuan anda. Orang yang mempunyai sifat-sifat ini, kami mengesyorkan untuk terus membangun dan menyelesaikan setiap pencapaian yang belum dicapai!

M : Bagaimanakah pelan FBS untuk membantu pelanggan dari Malaysia untuk berjaya dalam pasaran Forex?

FBS : Malaysia merupakan salah satu kawasan yang paling berpotensi untuk kerja-kerja kami. Dari awal kami mengembangkan pasaran kepada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan negara-negara lain di Asia dan ia telah berhasil. Minat dan bakat pelanggan di kawasan-kawasan dalam bidang forex trading ini, adalah di luar dugaan.

Tidak lama lagi kami akan membuka pejabat perwakilan baru di Malaysia! Pelanggan akan dapat melawat pejabat untuk menerima nasihat yang berguna serta latihan untuk berdagang di Forex.

Syarikat FBS telah bekerjasama dengan Malaysia selama lebih 6 tahun, dan kami telah membangunkan tawaran eksklusif bagi negara dan rantau sekitarnya. Sebagai contoh, baru-baru ini kita telah mengadakan satu acara amal di mana pedagang-pedagang kita bukan sahaja dapat berdagang dengan jayanya dengan bonus 300%, tetapi juga membantu mereka yang memerlukan. Semua dagangan dibuat pada bulan tersebut telah diarah untuk akaun badan-badan amal, ada juga yang berada di Malaysia.

M : Apakah yang ingin anda katakan kepada pembaca MoshedFX.com?

FBS : Rakan-rakan yang dihormati! Saya ingin mengucapkan semoga anda sejahtera dalam kehidupan! Menjadi kaya, bebas, dan berjaya! Anda mempunyai semua keperluan untuk mencapai semua kemungkinan dalam kehidupan tanpa batasan. Semoga berjaya!

 M : Terima kasih FBS !

Secara peribadi, apa yang menarik tentang Broker FBS ini, mereka mempunyai promosi-promosi yang sangat hebat. Promosi mereka bukan hanya promosi yang kosong, tetapi setiap promosi mereka memang kita as trader dapat manfaatkan penggunaannya untuk mencapai keuntungan dalam bidang forex trading. Jarang broker forex nak berikan kelebihan itu untuk forex trader manfaatkan. Sebab itu Broker FBS menjadi pilihan saya juga sebagai platform trading.

Jika anda berminat buka akaun di FBS, boleh terus KLIK SINI

FBS Inc

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register