SEMUA PESERTA YANG BERMINAT WAJIB BACA SEHINGGA HABIS.

PENAFIAN

Maklumat dan pendapat yang diberikan dalam program Moshed Traders Club ini adalah hanya untuk tujuan informasi sahaja dan tidak membentuk apa-apa cadangan dan arahan dagangan kerana ia hanyalah satu perkongsian untuk tujuan pembelajaran.
Dagangan dalam instrumen pasaran kewangan adalah berisiko tinggi juga memberi pulangan yang tinggi dan kemungkinan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda di nasihatkan supaya mempertimbangkan pelaburan,objektif, tahap pengalaman dan risiko anda jika masih mahu meneruskan penglibatan dalam tukaran matawang asing. Anda berkemungkinan kehilangan semua wang anda dan anda tidak harus melabur wang jika tidak mampu untuk kehilangannya atau dengan kehilangannya akan mengubah cara hidup anda. Anda harus sedar semua risiko yang berkaitan dengan pertukaran asing dan perdagangan niaga hadapan, dan mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan dari mana agensi jika anda mempunyai sebarang keraguan.

TERMA DAN SYARAT

  • Peserta perlu mempunyai taraf kewangan yang stabil sebelum menyertai program ini.
  • Tiada refund. Selepas pembayaran dibuat, bermakna peserta tidak boleh tarik diri. Jadi fikir betul-betul.
  • Bidang ini ialah bidang berisiko tinggi, peserta perlu faham risiko dan kemungkinan kerugian kesemua wang yang digunakan untuk menceburi bidang ini dan pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas hal tersebut.
  • Peserta bukanlah seorang yang terlibat dalam aktiviti bisnes dan perniagaan dalam bidang pasaran kewangan, seperti Introducing Broker (IB), partner dengan mana-mana broker atau individu, atau entiti perniagaan dalam bidang ini termasuklah media dan apa jua bentuk perniagaan dalam bidang ini.
  • Peserta bukanlah seorang pengajar atau bekas pengajar dalam bidang ini.
  • Sebarang tujuan menyertai program untuk tujuan perniagaan, pemasaran, pengaruh dalam bidang pasaran kewangan adalah dilarang.
  • Peserta dilarang promo apa jua bahan pembelajaran, broker, individu dan perniagaan kepada peserta lain dalam komuniti.
  • Peserta juga dilarang menggunakan nama program atau kelab untuk sebarang pengaruh perniagaan dan pemasaran tanpa mendapat kebenaran dari pihak pengurusan.
  • Sebarang pelanggaran syarat, peserta akan dibatalkan penyertaan dan penglibatan dalam program Moshed Traders Club dan refund hanyalah bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan.
  • Pihak pengurusan juga berhak menolak sebarang pendaftaran dan refund secara penuh atau pro rata mengikut aktiviti program dari mana-mana individu dengan penjelasan munasabah.
  • Terma dan syarat akan ditambah dari masa ke masa dan akan dimaklumkan kepada peserta jika ada penambahan.
  • Dengan mengesahkan penyertaan anda ke dalam program ini dengan membuat pembayaran, bermaksud anda akur dan setuju dengan semua syarat yang ditetapkan pihak pengurusan Moshed Traders Club.
  • Sebarang perbincangan lanjut perlu berhubung dengan pihak pengurusan.