728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Artikel Umum

Mungkin Ini Peluang Anda Untuk Bekerja Dan Berhijrah Ke Kanada?

Mungkin Ini Peluang Anda Untuk Bekerja Dan Berhijrah Ke Kanada?

Mahu ke Nova Scotia, sebuah pulau di Kanada? Anda mungkin boleh tinggal di sana secara percuma jika anda di sana lama.

Farmer’s Daughter Country Market, sebuah ladang dan pembuat roti di Whycocomagh, sebuah kampung di Nova Scotia telah meletakkan iklan pada Facebook memberi tawaran kepada orang ramai.

Tawar itu merupakan tanah percuma jika bekerja di sana selama lima tahun. Ladang itu sedang mencari 3 orang pekerja sekarang dan 3-4 orang lagi semasa musim bunga.

Ladang tersebut terletak di Cape Breton Island, sebuah kawasan yang sangat cantik lanskapnya dan mempunyai peluang yang sangat menarik.

“Cape Breton sangat cantik namun populasi sedang menurun,” kata pemilik ladang tersebut, sandee Maclean dan Heather Coulombe.

Tawaran yang ditawarkan adalah bekerja di ladang dan juga tanah percuma. Ladang kami tidak boleh memberi tawaran gaji yang tinggi.

Tawaran yang terbaik adalah sesiapa yang bekerja lebih daripada 5 tahun akan diberikan 2 ekar tanah tanpa sebarang ikatan.

Semasa 5 tahun bekerja, pemilik ladang akan membantu pekerja untuk mencari rumah sewa di bandar tersebut.

Seramai 2,000 orang sudah menghantar permohonan untuk bekerja di sana menurut CBC.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register