Mungkinkah Ada Kejutan Daripada Bank of Japan Atau Tidak?

0 1

Selain daripada FOMC, Bank of Japan juga akan mengumumkan dasar kewangan mereka yang menjadi tanda tanya para pelabur.

Bank of Japan adalah satu-satunya bank yang sangat terkenal dengan memberi kejutan ke atas dasar kewangan mereka.

Laporan ekonomi terbaru menunjukkan Jepun sedang berhempas pulas untuk baikpulih ekonomi mereka. Walaupun pelbagai program perangsang dijalankan oleh kerajaan namun hanya sedikit impak positifnya yang dapat dilihat.

Berkemungkinan Jepun sedang mempertimbang rate di bawah paras negatif yang lebih dalam dan jika betul maka Yen akan meneruskan junaman.

Namun jika bank mengambil langkah tunggu dan lihat maka Yen akan naik namun dengan momentum yang tidaklah sebegitu kuat.

Penganalisa melihat tiada sebarang perubahan besar ke atas dasar kewangan mereka.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa