Share This Post

Artikel Umum / Berita Lokal

Murad: Anwar Rahsiakan Kerugian Forex, Takut Kehilangan Jawatan Sebagai Menteri Kewangan

Murad: Anwar Rahsiakan Kerugian Forex, Takut Kehilangan Jawatan Sebagai Menteri Kewangan

Pada dua hari yang lepas, Bernama melaporkan Datuk Abdul Murad, bekas penasihat BNM 1994-1999, telah diarahkan untuk menjelaskan kepada Anwar selepas beliau menambahkan lagi kerugian yang di lakukan oleh bekas Gabenor BNM Tan Sri Jaffar Hussein dalam pasaran matawang asing (forex) sebelum ini.

# Anwar Adalah Menteri Kewangan Malaysia Pada Waktu Skandal Forex

Abdul Murad berkata Anwar menjemputnya ke Hawaii, US untuk menjelaskan perkara tersebut, dan diminta untuk mendiamkannya.

“Anwar mengajak saya bersama dalam penerbangan beliau ke Hawaii untuk menjelaskan tentang kerugian urus niaga Forex yang diarahkan oleh Jaffar. Saya telah menjelaskan kepada Anwar dan beliau faham tentang kerugian tersebut dan akan berbincang dengan Jaffar tentangnya.”

“Anwar juga menjelaskan jika hal ini diketahui umum, beliau perlu turun daripada jawatan Menteri Kewangan”, jawab Murad kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam keterangannya di Istana Kehakiman pada 21 Ogos yang lepas.

Datuk Murad juga berkata beliau terlebih dahulu telah memaklumkan kepada Jaffar berkenaan hal itu ketika lawatannya ke Chemical Bank di New York bahawa kerugian BNM dengan Chemical Bank ketika itu lebih kurang RM715 juta (US$170 juta).

# BNM tiada polisi pada ketika itu

Beliau turut menyatakan bawah BNM tidak mempunyai sebarang polisi untuk mentadbir urus niaga forex, termasuk tidak ada check dan balance untuk mengawal daripada sebarang salah laku.

Prosiding RCI ini diketuai oleh Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan tiga saksi dipanggil memberikan keterangan di hadapan anggota panel. Selain Abdul Murad, dua lagi saksi ialah bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf dan bekas Auditor Dalaman BNM, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Pihak RCI memaklumkan bahawa kerugian yang dialami BNM berjumlah RM31.516 bilion dalam urusniaga mata wang asing bagi tempoh 1991 hingga 1994.

Skandal Forex BNM: Kenyataan Media Datuk Seri Anwar Ibrahim 26 April

Share This Post