Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Naib Gabenor Ini Menafikan Kelemahan Yuan Akan Berterusan

Naib Gabenor Ini Menafikan Kelemahan Yuan Akan Berterusan

Semalam, Naib Gabenor Bank Pusat China mengatakan bahawa keadaan semasa menunjukkan bahawa matawang Yuan masih kekal kukuh. Kenyataan ini diberikan beliau apabila diminta mengulas tentang kestabilan matawang tersebut setelah didagang merosot berbanding US Dollar baru-baru ini.

Nilai Yuan turun dengan mendadak semenjak kemenangan mengejut Trump dalam pilihanraya raya presiden AS pada 8 November lalu. Matawang tersebut juga melalui turun naik mendadak berbanding matawang gergasi minggu lepas.

Yi Gang iaitu Naib Gabenor Bank Rakyat China (PBOC) berkata yuan mempunyai ruang untuk kekal stabil pada masa depan. Yi juga berkata demikian kerana Yuan telah jatuh kurang daripada beberapa matawang lain berbanding US Dollar sejak beberapa minggu lepas.

Antara faktor yang memberi tekanan kepada matawang ini termasuklah kemenangan Trump sebagai presiden AS yang baru, prospek peningkatan kadar oleh Fed yang terlalu mendadak, dan proses undian Britain bagi meninggalkan Kesatuan Eropah.

Yi dalam masa yang sama juga mengatakan bahawa pergerakan US Dollar pada masa depan masih tidak dapat dijangka.

Bagi tahun ini, matawang tersebut telah jatuh hampir 6 peratus berbanding US Dollar, termasuk kira-kira 2 peratus semasa pemilihan Trump. Sementara itu, rizab matawang asing China juga telah jatuh ke paras terendah sejak Mac 2011.

Yi juga berkata bahawa ekonomi China akan pulih sekali gus memperbaiki persekitaran perniagaan dan mengembalikan nilai Yuan.

Berita Penting Dari Logam Hitam Yang Anda Perlu Tahu Segera!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!