728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

Nak trade semasa Keputusan Referendum EU Diumumkan? Follow Timing Mereka

Nak trade semasa Keputusan Referendum EU Diumumkan? Follow Timing Mereka

Petang ini, United Kingdom Union membership referendum akan dijalankan. Dan keputusan awal bakal diumumkan pada jam 11.00 pagi esok (jumaat) waktu Malaysia.

Bloomberg melaporkan pada jam 10:30 pagi dijangkakan akan berlakunya volatility tinggi yang naik turun menggila sebelum diumumkan keputusan referendum tersebut. Manakala currency traders and analysts  di Asia, terutama di Singapura sudah bersedia menghadapai keadaan tersebut.

Syarikat perkhidmatan kewangan Switzerland, UBS Group, yang merupakan currency trader  ketiga terbesar akan memastikan cawangannya di Singapura mula beroperasi pada jam 5.00 pagi, sejam awal daripada hari kebiasaannya.

telegram-moshed

Manakala Oanda Corp. (retail foreign exchange broker) pula akan mula beroperasi seawall jam 3.00 pagi. Dalam 2 tahun ini, telah berlakunya peristiwa Kemerdekaan Scotland, Black Swan dan Grexit yang diumumkan pada luar waktu trading hour di kebanyakan pasaran terutama pasaran Amerika Syarikat.

Kerajaan, central banks  dan pelabur-pelabur besar temasuk George Soros memberi amaran sekiranya berlakunya Brexit, pasaran matawang, pasaran saham dan pasaran komoditi akan menggila.

JPMorgan Chase & Co. melaporkan purata volatility pasaran matawang adalah sebanyak 11% dan angka ini adalah yang tertinggi sejak krisis hutang European pada 2011.

Stephen Innes, senior trader di Oanda Singapura akan berada di pejabat seawal 3.00 pagi jumaat 2 jam lebih awal daripada hari biasa dan tim Oanda New York pula akan menamatkan waktu kerja mereka lebih lambat daripada biasa dan trader di London pula aka bermula pada jam 4.00 pagi waktu London.

Nizam Idris ketua foreign-exchange and fixed income strategy untuk Macquarie Bank Ltd di Singapura juga akan berada di pejaba seawall 5.00 pagi dan akan bersahur di pejabatnya untuk mengkaji chart dan menantikan keputusan Referendum.

Waktu awal begini adalah waktu kritikal trader untuk mengambil masa untuk membuat keputusan berdasarkan chart dan keputusan referendum. Jam 10.30 pagi telefon di bank-bank, broker-broker akan mula berdering dan transaksi besar akan bermula.

Jika anda mahu trade pada hari ini dan esok, pastikan timing yang dipilih sesuai dan sentiasa menjaga margin supaya tidak MC/SO diakibatkan oleh volatility market yang mencabar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register