banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Nak Tunggu TP Ke Nak Close Awal? Moshed.com Kongsikan Tips Untuk Anda

Nak Tunggu TP Ke Nak Close Awal? Moshed.com Kongsikan Tips Untuk Anda

 

Anda berada dalam keuntungan pada dagangan yang telah dirancang dengan teliti, tetapi ia masih belum mencapai TP.  Patutkah anda close sahaja position tersebut atau biarkan ia sampai TP?

Sekiranya anda meneruskan dagangan tanpa sebarang perubahan, ini bermakna anda telah mengikuti rancangan anda dengan penuh yakin dan taksub.  Saya kata taksub kerana adakalanya lebih baik anda ambil keuntungan ketika itu, sama ada sebahagian atau kesemuanya.  Berikut adalah 5 kes di mana lebih baik anda ambil sebahagian dari keuntungan yang ada.

banner-belajar-forex-percuma-300x250

#Mendapatkan keuntungan:

Motivasi asas untuk mengambil keuntungan adalah untuk menjamin bahawa trade anda adalah satu trade yang menguntungkan bukan satu kerugian. Selagi position anda masih floating, ia boleh reverse dan menuju stoploss, sekaligus menjadikannya satu kerugian.  Apa yang anda boleh buat ialah ubahkan stoploss kepada beberapa pips dari harga entry supaya pulang modal atau breakeven(BE).  Sekiranya ada tanda-tanda yang pasaran akan reverse, dan tidak mungkin mencapai TP anda; maka adalah lebih baik anda close sahaja position tersebut.

#Pair matawang tersebut sangkut:

Pair matawang itu mungkin telah pergi ke arah yang anda mahukan, tetapi tersekat selepas itu. Apakah sifat pergerakan itu? Adakah ia satu lantunan yang akan diikuti oleh pergerakan yang lebih besar? atau adakah ia oversold / overbought di mana anda mungkin mahu keluar dari pasaran?  Dengan mengenal pasti pergerakan pair matawang yang anda trade, anda akan lebih bijak dalam membuat keputusan untuk entry dan exit.

#Trade lain yang mempunyai potensi yang lebih besar:

Sementara menunggu sesuatu berlaku, anda mungkin telah mengesan dagangan berpotensi pada pair matawang yang lain, yang mungkin kelihatan lebih menarik. Adalah penting untuk berhati-hati supaya anda tidak melompat dengan tergesa-gesa daripada satu trade ke satu trade.  Tetapi sahkan analisa anada dan pastikan anda melakukan perkara yang betul.

#Berita penting muncul:

Berita dan data ekonomi adalah penggerak pasaran sepanjang masa, dan berita atau peristiwa yang tidak dijangka boleh mengubah perjalanan trade anda. Teliti dengan berhati-hati berita tersebut serta kesannya atas trade anda dan mungkin keluar sebelum harga menuju stoploss, anda boleh mengelakkan kerugian.

#Ada perkara lain yang perlu anda lakukan:

Adakah anda terperangkap di hadapan skrin komputer, menonton trade anda dan tidak membiarkan sahaja pasaran menentukannya? Jika anda tidak boleh melepaskan skrin computer sebaik sahaja memasuki pasaran, mungkin ada baiknya anda close sahaja position tersebut dan buat perkara lain.  Ataupun sekiranya anda ada perkara lain yang perlu dilakukan, tutup sahaja PC dan biar pasaran tentukan nasib trade anda.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal