banner-mutm-728x90

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Nasib Pasaran Minyak Mentah Ibarat Tergantung Tak Bertali

Nasib Pasaran Minyak Mentah Ibarat Tergantung Tak Bertali

Menurut Reuters, harga minyak mentah meningkat lebih rendah pada hari Khamis selepas data simpanan minyak mentah dikeluarkan semalam.

Brent mentah antarabangsa didagang pada $48.95 setong, merosot 10 sen.

WTI mentah berada pada $46.68 setong, turun 9 sen.

telegram-moshed

Pelabur berkata, minyak sedikit menjunam pada minggu ini setelah kenaikan besar-besaran dicatat pada awal Ogos.

Harapan pembekuan bekalan juga sedikit terjejas dengan laporan pengeluaran dunia yang semakin meningkat.

Brent juga terus berada dibawah tekanan apabila ahli OPEC dan pengeluar utama masih mengeluarkan output minyak mentah yang tinggi.

Menurut BNP Paribas, lebihan bekalan bukan sahaja disebabkan permintaan yang lemah dari Asia, namun turut didorong oleh operasi pengeluaran yang dijalankan semaksimum mungkin oleh negara pengeluar terutamanya di Amerika Syarikat.

Selain itu, Bank Perancis juga berpendapat, prospek permintaan yang kurang memberangsangkan dan pertambahan kapasiti pengeluaran akan menyebabkan masalah ini kekal berlanjutan.

Kekayaan lelaki ini bakal buat anda kagum! Klik disini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register