Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / Sesi Asia / USD/JPY

Nasib Yang Berbeza Menimpa Aussie dan Yen Dalam Sesi Asia

Nasib Yang Berbeza Menimpa Aussie dan Yen Dalam Sesi Asia

Dollar Australia mencatat keuntungan pada awal sesi Asia sementara menanti data perumahan serta kajian semula dasar pada bulan September. Pasaran juga secara keseluruhannya menunggu kajian semula dasar pada minggu ini dari Jepun dan Amerika Syarikat.

AUD/USD meningkat 0.08%, sementara USD/JPY didagang menurun 0.12%.

AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

Data harga rumah bagi suku kedua di Australia dijangka meningkat kepada 2.5%. Dalam masa yang sama, keputusan mesyuarat RBA juga bakal dikeluarkan minggu ini dengan keputusan mesyuarat yang lepas menetapkan kadar tunai pada rekod rendah iaitu 1.5%.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 95.79.

Semalam, US Dollar terus mengalami kerugian berbanding matawang utama yang lain menjelang FOMC.

Sebelum ini, US Dollar meningkat selepas data harga pengguna dikeluarkan positif pada Jumaat, dengan peningkatan sebanyak 0.2%.

Data ini mencetuskan spekulasi baru mengenai kenaikan kadar AS yang berpotensi untuk dinaikkan pada bulan ini.

 

Brexit Beri Tamparan Hebat Buat London!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register