Nasib Yang Berbeza Menimpa Matawang Utama Dunia Ini!

0 28

US Dollar masih kekal stabil sementara menunggu laporan data pekerjaan oleh Amerika Syarikat.

Dollar kembali pulih perlahan-lahan walaupun angka suku kedua pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat yang dikeluarkan Jumaat lalu agak rapuh.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback itu kali terakhir dinilai pada 95.719.

Memetik kenyataan Ayaka Sera, Ahli Strategi Pasaran di Sumitomo Mitsui Trust Bank, pertumbuhan gaji pada bulan Julai mungkin cukup kuat. Beliau juga menjangkakan pertambahan angka ke 200,000 dan laluan positif untuk US Dollar.

Selain itu, menurut tinjauan Reuters, kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan kenaikan penerima gaji bukan dari sektor perladangan sebanyak 180,000.

Dalam masa yang sama, Euro juga kekal pada paras stabil. Euro dilihat kembali melonjak 0.10% kepada 1.1141.

EUR/USD, 15 minit
EUR/USD, 15 minit

Berbanding yen, US Dollar susut 0.1%, manakala, GBP/USD meningkat 0.18% selepas mencatat kejatuhan terbesar dalam tempoh sebulan.

GBP/USD, 15 minit
GBP/USD, 15 minit
USD/JPY, 15 minit
USD/JPY, 15 minit

Hal ini berikutan pengumuman kadar faedah oleh BoE kepada rekod terendah iaitu 0.25%.

Di tempat lain, Dollar Australia meningkat 0.4% kepada. Aussie masih kekal bertahan walaupun Reserve Bank of Australia (RBA) memotong kadar faedah kepada rekod terendah, 1.5% pada Selasa.

Roy Teo, Ahli Strategi FX Kanan berpendapat, semakin kuat Dollar Australia, semakin meningkat risiko pemotongan kadar oleh RBA.

RBA juga berkata, inflasi masih dikekalkan dibawah sasaran sehingga 2018 bagi membantu ekonomi agar berkembang dengan lebih pesat.

Nak tahu teknik ‘ajaib’ untuk trade? Baca tips ini!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa