Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

National Party Mendapat Sokongan 47.3%, NZD/USD Melonjak Hampir 100 Pip

National Party Mendapat Sokongan 47.3%, NZD/USD Melonjak Hampir 100 Pip

Kiwi adalah antara matawang terkuat hari ini berbanding matawang-matawang utama yang lain. Tinjauan pilihanraya yang dikeluarkan menunjukkan National Party lebih baik kali ini berbanding minggu lalu apabila berjaya mendahului Labour Party. Kiwi sejak daripada bulan lalu adalah antara matawang yang paling banyak mengalami kerugian, apabila susut 3% berbanding US dolar.

Dolar New Zealand (Kiwi) melonjak sehingga hampir 100 pip pada Selasa selepas tinjauan pilihanraya terkini menunjukkan parti kerajaan National Party mungkin akan memerintah selepas pilihanraya umum 23 September.

Kiwi mengukuh berbanding greenback sehingga ke paras 0.7319 dari paras harga 0.7222 pada pukul dua petang Selasa.

Shamubeel Eaqub penganalisis ekonomi di Sense Partners berkata Dolar New Zealand “talah melonjak naik dan turun” disebabkan tinjauan pilihanraya, yang mana hal ini akan berterusan”.

“Tiada perubahan polisi besar yang mampu memberi kesan kepada Kiwi walaupun terdapat perubahan kerajaan,” kata Eaqub.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui faktor fundamental kini adalah negatif kepada Kiwi.

“Perbezaan kadar semakin kecil secara beransur-ansur apabila Fed menaikkan kadarnya. Apabila melihat kepada sejarah, kejatuhan dalam jualan rumah menunjukkan ekonomi dan Dolar New Zealand akan melemah”.

Tinjauan yang dibuat oleh Newshub dan Reid Research menunjukkan National Party yang telah memerintah sejak 2008, mendapat peningkatan sokongan sebanyak 4% kepada 47.3%. Manakala parti pembangkan Labour Party susut 1.6% kepada 37.8%.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal