Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Negara Vito Corleone dalam masalah besar!

Negara Vito Corleone dalam masalah besar!

Teringatkan filem Godfather, filem yang sangat terkenal yang diadaptasi daripada novel mengisahkan mengenai kehidupan mafia yang berasal dari negara yang terkenal dengan pasta dan pizza.

Satu kata-kata yang sangat terkenal daripada Vito Corleone, “Saya akan tawarkan sesuatu yang dia tidak akan tolak.”

Dan kali ini, Itali dalam masalah yang besar. Adakah akan ada tawaran daripada mana-mana pihak kepada Itali yang tidak akan ditolak?

telegram-moshed

Isu UK keluar daripada EU belum selesai lagi, Eurozone kini dilihat umpama jatuh ditimpa tangga. Kali ini yang menjadi topik utama International Monetary Fund (IMF) adalah ekonomi Itali.

Ekonomi Itali dilaporkan oleh IMF tidak begitu memberangsangkan dan keadaan ekonomi yang kuat sebelum krisis 2008 hanya akan dilihat semasa pertengahan antara 2020 dan 2030.

IMF menyatakan ekonomi Itali kehilangan kekuatan selama 2 dekad iaitu bermula daripada 2008-2018-2028. Dan hal ini sangatlah tidak bagus buat ekonomi Eurozone.

Itali merupakan negara ketiga terbesar dalam Eurozone.

IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi tahun ini tidak melebihi 1% sekaligus menolak jangkaan awal tahun iaitu sebanyak 1.1%.

Krisis perbankan Itali menjadi kerisauan utama

Selain daripada pertumbuhan ekonomi yang sangat perlahan, kadar pengangguran Itali juga sangat tinggi iaitu sebanyak 11% dan krisis sektor perbankan Itali juga menyebabkan hutang kerajaan sangat tinggi, iaitu di tangga kedua selepas Greece! Masih ingat Greece yang bankrupt pada tahun lepas? Baca di sini.

IMF turut memberitahu pemulihan ekonomi Itali dilihat sangat rapuh dan dilihat sangat mencabar buat kerajaan Itali.

Antara langkah-langkah baikpulih ekonomi yang boleh diambil adalah seperti

  1. Mengurangkan kadar pengangguran dengan cepat
  2. Membaiki sektor perbankan
  3. Meminimakan hutang-hutang awam

Sementara itu, Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi selepas keluarnya laporan IMF berkata antara perkara yang memberi tekanan kepada mereka dan Eurozone adalah isu Brexit!

Tambahnya lagi kepada stesen radio Itali, RTL, “Pertumbuhan ekonomi Eurozone akan lebih perlahan dengan berlakunya Brexit. Namun UK akan menerima kesan yang lebih teruk.”

Jika masalah Itali ini semakin teruk, matawang Euro dilihat akan terus melemah di samping diheret oleh isu Brexit yang belum kunjung selesai.

Siapakah Vito Corleone dan epic sangatkah dia? Anda wajib tonton filem Godfather untuk fahami macam mana epicnya mereka ni!

Oh dan soundtrack filem tersebut, akan buat anda menghembus nafas panjang. Klik play dan dengar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register