Negara Iran Dan Turki Ingin Ikut Jejak Langkah Negara Venezuela – Terbit Matawang Crypto Sendiri

0 942

Dua hari lalu, Negara Venezuela telah berjaya melancarkan matawang cryptonya sendiri iaitu Petro. Kini giliran negara Iran dan Turki pula berhasrat untuk mengeluarkan matawang crypto hasil mereka sendiri.

Berdasarkan laporan media Timur Tengah, Ahmen Kenan Tanrikulu, bekas menteri Turki sedang dalam proses merangka pelan awal agar Turki mengeluarkan matawang crypto mereka sendiri. Matawang crypto tersebut akan diberi nama Turkcoin.

Pada peringkat awal, Turki memang melarang transaksi crypto dalam ekonomi secara umum berikutan ramai yang salah gunakan teknologi tersebut dengan terlibat dalam pengubahan wang haram dan pelan ponzi.

Walaubagaimanapun, menurut Tanriku, teknologi blockchain sangat memainkan peranan pada dekad ini, maka adalah sangat rugi untuk tidak turut megambil peluang. Justeru Turki harus mengeluarkan matawang crypto mereka sendiri.

Di negara Iran, negara tersebut telah berada dalam proses untuk membangungkan matawang crypto dan akan dikendalikan oleh pihak kerajaan. Matawang crypto yang akan dikeluarkan itu adalah berasaskan cloud.

Pada hari Khamis, Menteri teknologi informasi dan komunikasi Iran, Mohammad Azari Jahromi telah mengumumkan perancangan untuk mengembangkan sebuah platform bagi penggunaan matawang crypto di negara tersebut.

Platrform tersebut akan dikendalikan oleh Bank Pos Iran. Bank ini menumpukan pada e-banking dan pengembangan infrastruktur perbankan elektronik. Jahromi mengundang pakar teknologi untuk turut menyumbangkan tenaga demi merealisasikan hal ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa