News Penggerak Matawang NZD Sepanjang Minggu Ini (25-29 Jun)

0 317

Matawang dollar New Zealand (NZD) adalah matawang paling lemah dan paling banyak merekodkan kejatuhan pada minggu ini sama seperti minggu lalu. Secara keseluruhan kejatuhan NZD juga banyak dipengaruhi oleh sentimen berisiko khususnya dalam kebimbangan perang perdagangan.

Matawang ini mula menyusut seawal hari Isnin di mana bermulanya sentimen Risk-Off dan kejatuhan NZD berlanjutan apabila laporan keadaan perniagaan oleh Bank ANZ menunjukkan keyakinan perniagaan jatuh mendadak di New Zealand daripada bacaan -27.2 ke paras jauh lebih rendah iaitu -39.0 pada Jun. Bacaan ini juga adalah yang paling buruk sejak November 2017.

Momentum kejatuhan berterusan pada Rabu apabila Presiden China Xi Jinping mengarahkan supaya pegawai-pegawainya bersedia dengan perang dagang berskala besar. Hal ini sekaligus memburukkan lagi ketegangan hubungan dagang AS-China.

NZD semakin tertekan apabila China melemahkan nilai Yuan pada Rabu. Sama seperti Australia, NZD juga menerima tempias negatif kerana status China sebagai destinasi eksport utama dari New Zealand.

Semasa sentimen beransur pulih pada Khamis selepas pengumuman White House untuk tidak menghalang syarikat China daripada membeli teknologi Amerika Syarikat, NZD pula terus tertekan berikutan komen dovish daripada bank pusat RBNZ pada awal pagi Khamis. Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) berkata bahawa perubahan kadar faedah selepas ini boleh jadi kepada penurunan atau kenaikan dan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini.

NZD meneruskan kejatuhan pada Jumaat walaupun sentimen pasaran semakin pulih.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa