Share This Post

Tips dan Nasihat

Malas Baca Berita Ekonomi? FOMC? NFP? Anda Rugi, Inilah Penggerak Pasaran!

Malas Baca Berita Ekonomi? FOMC? NFP? Anda Rugi, Inilah Penggerak Pasaran!

“Malam tadi FOMC, wow USD menjunam!”

“Esok pagi news USD, MC lah akaun aku wey!”

“23 Jun 2016 Brexit, aku nak profit macam Grexit hari tu.”

“NFP nanti aku nak full margin, biar market tahu siapa aku.”

“Janet Yellen berucap, boom! 100 pip!.”

Dan pelbagai jenis dialog lagi yang anda akan/pernah ucap/dengar apabila berita/event besar menjelang. Hari-hari akan ada berita, dan kebanyakan daripada kita tahu untuk tengok kalendar berita di forexfactory.com, investing.com, bloomberg.com, myfxbook.com dan website-website lain seumpamanya.

Berita yang dimaksudkan mestilah high-impact news/eventAda berita, pergerakan pipsnya agak lambat, dan ada juga berita, yang tidak beri kesan yang besar kepada market.

Ada dalam kalangan kita, akan stay away daripada market kerana volatility market ketika itu sangat tinggi. Contohnya pergerakan GBP/USD semasa hari referendum 23/24 Jun lalu.

Ada dalam kalangan kita, berita/event besarlah yang ditunggu-tunggu kerana tahu profit yang boleh diperoleh ketika news sangat masyuk jika kena caranya secara teknikal mahupun fundamental.

Dan ada juga dalam kalangan kita, suka pasang pukat atas bawah semasa waktu sebegini, menggunakan teknik harapan mengharapkan profit bukan MC.

Sesiapa yang selalu baca artikel di Moshed.com ini akan perasan dan tahu untuk menjadi seorang forex trader yang kekal lama dalam industri ini, ia memerlukan masa dan komitmen kita untuk betul-betul memahami apa sebenarnya yang diperlukan dalam industri forex trading ini dan memahami mekanisme ekonomi sangat memainkan peranan penting.

Si A cakap analisa teknikal sudah mencukupi, manakala si B cakap analisa fundamental lagi penting.

Bagi kami, ada 4 elemen penting sebagai kompas dalam forex trading iaitu :

  1. Analisa Teknikal
  2. Analisa Fundamental
  3. Psikologi/Emosi/Pengalaman
  4. Money Management/Risk Management

Pernah terfikir tak siapakah yang menggerakkan market yang mempunyai transaksi trillion dollar sehari ni? Amerika Syarikat? Bank-bank besar? Siapa?

Yang menggerakkan market adalah makroekonomi. Alamak, kena belajar ekonomi pulak ke? Ya, sekurang-kurangnya kita kena tahu perkara paling asas iaitu makroekonomi.

Makroekonomi merupakan cabang ekonomi yang berkaitan dengan prestasi, struktur, dan tingkah-laku ekonomi oleh keseluruhan masyarakat, samaada negara, kawasan, atau keseluruhan dunia. Pendek kata, makroekonomi merujuk kepada GDP, trade balance, interest rate, inflation sesebuah negara.

Dan pengumuman kepada semua inilah yang kita semua panggil news. Berita-berita berkenaan ekonomi sesebuah negara inilah yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan matawang mereka.

Sama seperti event-event besar yang melibatkan politik, geologi negara dan sebagainya. Contohnya isu Brexit, Tim Moshed.com sebulan sebelum tarikh referendum lagi menceritakan tentang referendum ini, kesan sekiranya Britain keluar daripada EU,  dan GBP akan merudum jatuh.

Jadi ramai big player akan sell GBP dan samalah seperti kita jika keadaannya seperti itu. Dan perkara itu berlaku seperti yang anda sendiri boleh lihat. Betul tak? Samalah seperti kes Grexit dan Black Swan sebelum ini.

Sama juga seperti berita yang mengejut seperti gempa bumi, serangan pengganas dan sebagainya turut akan mempengaruhi keadaan market.

Ini semua berkait rapat dengan emosi manusia. Sama ada fear atau greed. Brexit berlaku, Richard Branson keluarkan kenyataan ramai pelabur tarik diri. Kenapa? Dijangka ekonomi UK lumpuh dan pelabur TAKUT akan kerugian yang bakal dialami dalam pelaburan mereka.

Semua saling berkaitan. Ekonomi negara lemah, matawang pun lemah. Contohnya baca berita EU menghadapi tekanan dengan banyak lagi negara akan keluar, kita dapat agak EURO akan melemah.

Tiap-tiap bulan, hari jumaat pertama, seperti kita tahu Amerika Syarikat akan keluarkan statistic pengangguran, NFP dan lain-lain.

Tiap hari rabu, akan dikeluarkan crude oil inventories.

Hampir tiap hari akan ada berita, sama ada pagi, petang, malam, atau awal pagi. Jadi, be alert dengan news ini, mix and match dengan analisa teknikal anda untuk maksimakan profit anda.

Jadi, pentingkah pengetahuan mengenai berita ekonomi? Penting sama sekali!

Kami di Moshed.com cuba sedaya upaya membantu trader-trader Malaysia untuk memahami berita-berita ekonomi dengan menyampaikan dalam Bahasa Melayu Mudah dan kebanyakan daripada berita-berita tersebut adalah daripada rujukan yang boleh dipercayai seperti Bloomberg, Reuters, Forex Factory dan banyak lagi jika ingin disenaraikan.

Jadi, sentiasa update dengan berita/event ekonomi untuk memaksimakan pengetahuan anda dalam industri yang melibatkan ekonomi global dan kami akan buat yang terbaik untuk anda.

Stay tuned!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal