728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Artikel Umum

Obsesi Wall Street Ini Asalnya Hero, Kemudian Ditipu Berjuta-juta! (Bahagian 2)

Obsesi Wall Street Ini Asalnya Hero, Kemudian Ditipu Berjuta-juta! (Bahagian 2)

Artikel ini akan menyambung kisah Jesse Livermore yang dikenali sebagai ‘lejen’ semasa Wall Street Crash pada 1929 dan menjadi obsesi Wall Street sehingga hari ini.

Klik sini untuk baca Bahagian 1.

Livermore mendengar tip/signal daripada seorang mentor dan mengalami kerugian.

Setelah Livermore mengaut keuntungan yang sangat besar hasil daripada position short saham Union Pacific, Livermore melihat peluang untuk buy semula.

Namun kawan lama Livermore, Ed Hutton, yang tidak mempunyai sesen pun pelaburan dalam syarikat tersebut menghubungi Livermore untuk memberi amaran kepadanya supaya tidak buy saham tersebut.

Hutton salah dan Livermore mengalami kerugian sebanyak $40,000 daripada position sell tadi.

Livermore 100% menyalahkan dirinya sendiri kerana mendengar tip tersebut.

Reputasi Livermore mencanak sebagai seorang hero semasa ‘crash’ pada 1907.

Livermore buat kali pertama meraih keuntungan terbesarnya iaitu sebanyak $1 juta dalam masa satu hari!

Melihatkan pasaran dalam krisis yang sangat teruk, Livermore membeli balik saham-saham untuk baikpulih pasaran.

Tindakannya itu sekaligus mempengaruhi orang lain sehingga pasaran mula pulih semula.

Diakibatkan perkara itu, Livermore dianggap sebagai seorang hero dan daripada hasil buy tadi, ramai daripada kawannya menjadi kaya.

Livermore memiliki kapal layar bernilai $200,000, sebuah kereta, dan apartmen di Upper West Side. Livermore mula terjebak dengan hidup kelab dan mempunyai ramai perempuan simpanan.

Dalam masa setahun, Livermore daripada kosong ke $3 juta dan mula memasuki dunia orang kaya.

Semakin tinggi perbelanjaannya, semakin tinggilah kosnya. Bak kata orang Malaysia, “besar pendapatan, besarlah keraknya”.

Daripada situ, Livermore kembali ke dunia pasaran saham.

1908 Livermore dikhianati oleh seorang kawan dan kerugian berjuta-juta.

Kekayaan Livermore pada 1908 adalah sebanyak $5 juta dan berjaya mendapatkan nama jolokan “boy plunger” sebelum rugi kesemuanya dengan trade kapas, salah satu pasaran komoditi.

Kesilapan besar Livermore adalah dia mendengar tip daripada Teddy Price, sorang trader kapas terkenal.

Price memberitahu Livermore supaya buy, sedangkan Price dalam position sell.

Livermore rugi $5 juta dan keliru kenapa dia mendengar tip tersebut walaupun tahu yang ia adalah satu pergerakan yang salah!

Livermore tenggelam dengan kerugian yang dialami.

Perjalanan Livermore betul-betul kejap atas kejap bawah kan? Kejap untung kejap rugi.

Rugi pula bukan sikit, sekali rugi 5 angka, 6 angka sehingga 7 angka! Hadamkan kisah Livermore betul-betul, ambil pengajaran.

Akan disambung kisahnya ke bahagian akan datang.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register