banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-minyak-002

Minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, dengan Crude yang memacu naik lebih $1.05 setong pada sesi Asia dan pagi Eropah, kembali jatuh sebelum menutup sekitar paras $41.65 setong; manakala Brent pula memacu naik lebih $1.15 setong pada sesi Asia dan pagi Eropah, sebelum jatuh semula untuk menutup sekitar paras $44.90 setong. Kedua-dua gred minyak mentah ini menutup lebih rendah dari pembukaan Isnin semalam; setelah pasaran terus bimbang dengan lebihan bekalan global, walaupun angka pelantar minyak AS terus jatuh, untuk minggu kesebelas daripada 12.

Di pasaran global, Raja Abdullah dari Jordan diberitakan akan mengadakan perbincangan di Moscow hari ini dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tentang kaedah untuk menangani “kumpulan pengganas” yang diketuai oleh ISIS di Syria.  Dalam pada itu, kebanyakan penganalisis tidak menjangkakan OPEC akan mengurangkan pengeluaran, walaupun mereka sedar bahawa Arab Saudi boleh cenderung ke arah idea kerjasama dan langkah-langkah sokongan harga bersama pengeluar minyak yang lain.

telegram-moshed

Syarikat-syarikat minyak berharap anggaran permintaan yang lebih tinggi menjelang 2016, akan menjadi satu perubahan berbanding tahun akan datang; menyebabkan harga minyak naik lebih tinggi tanpa memerlukan pengurangan pengeluaran.  Idea bahawa harga minyak dalam lingkungan $40 hingga $50 setong, tidak akan berkekalan, sehingga perlu ada perubahan dalam pengeluaran jika permintaan yang dijangka tidak berlaku. Walaupun terdapat beberapa peningkatan, jumlah bekalan akan terus berkembang; sekaligus dengan mudah mengimbangi apa sahaja rangsangan permintaan yang berlaku.

Secara umumnya, terdapat satu konsensus pasaran yang semakin meningkat; bahawa permintaan untuk minyak akan melonjak, setelah didorong oleh harga yang rendah. Walau bagaimanapun, tahap pengeluaran yang tinggi telah membawa lebihan bekalan kepada pasaran; sekaligus membuatkan andaian permintaan yang lebih tinggi suatu hujah yang boleh dipertikaikan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register