Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 1 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-minyak-001

Minyak mentah berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, setelah pasaran berada dalam keadaan tidak menentu apabila spekulasi kerjasama Russia dan Kesatuan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC) diberitakan tidak berasas.  Pegawai Russia yang diberitakan mencadangkan rundingan bersama Arab Saudi dan OPEC serta pemotongan pengeluaran sebanyak 5%, menyebabkan pasaran teruja dan membida harga minyak, namun kecewa apabila pegawai kanan OPEC menafikan sebarang rundingan yang telah dijadualkan.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $34.40 setong ke serendah $32.65 setong, sebelum menutup sekitar paras $33.75 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent pula turun naik dari paras terendah harian sekitar $34.55 setong ke setinggi $36.15 setong, sebelum menutup sekitar paras $35.90 setong.

Walaupun berhadapan dengan senario yang tidak mungkin berlaku pengurangan bekalan dalam pasaran minyak, harga telah menemui beberapa sokongan belian di atas paras $30 setong. “Kami percaya dasar ini adalah rapuh, dengan asas pasaran yang dijangka terus lemah pada minggu-minggu yang akan datang,” menurut laporan ANZ Bank Jumaat lalu. “Kami dapati kemungkinan untuk perjanjian antara pengeluar adalah sangat rendah. Jika tiada pemotongan bekalan, terdapat risiko penurunan harga lanjut dalam jangka masa pendek.”, tambah ANZ lagi.

Dalam pada itu, Barclays Research berkata, “Kami tetap amat ragu-ragu bahawa mesyuarat itu akan menyebabkan pemotongan pengeluaran yang boleh dipercayai. Dengan itu, kami melihat keadaan ini sebagai tidak lebih daripada usaha untuk mengalihkan sentimen pasaran, dan kami tidak menjangkakan bahawa ia akan merubah ketidakseimbangan dalam pasaran fizikal.”; yang merujuk kepada mesyuarat di antara ahli-ahli OPEC dan Russia.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register