728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

Harga minyak mentah kembali pulih setelah trader berharap mesyuarat tergempar Mac akan menjadi kenyataan. “Pasaran minyak mentah AS seolah-olah telah melalui titik yang paling teruk dan perlu mula menjalar naik sekaligus mengurangkan tekanan paras inventori. Data EIA terkini juga menyokong, kerana ia menunjukkan bahawa harga yang rendah akhirnya memberi kesan,” lapor Richard Gorry, pengarah JBC Energy Asia kepada Reuters.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April melonjak lebih $1.65 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34 sebelum menutup sekitar paras $33.85 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent melonjak lebih $1.90 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $36.75 sebelum menutup sekitar paras $36.65 setong.

Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa masih terdapat risiko penurunan, kerana lebihan yang besar dalam pengeluaran dan simpanan bekalan, yang berada di paras tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat. Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) mendedahkan output dari AS jatuh kepada 9.1 juta tong sehari pada minggu lalu, dan data lain yang diterbitkan minggu lepas juga menyatakan penurunan dalam bilangan pelantar yang masih aktif.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register