728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 10 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-09

Harga minyak mentah yang melonjak pada sesi pagi New York Rabu semalam, terkesan dari laporan EIA yang menunjukkan inventori minyak mentah AS berkurang; merudum semula pada petangnya lantaran sentimen pasaran yaang bimbang tentang lebihan bekalan global yang nampaknya bertambah buruk selepas OPEC gagal mencapai kata sepakat dalam had pengeluaran minyak mentah.

Harga minyak pulih semula selepas data menunjukkan bahawa bekalan minyak di Amerika Syarikat jatuh buat kali pertama dalam 11 minggu pada minggu lepas. Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) dalam laporan mingguannya menunjukkan bahawa inventori minyak mentah AS merosot sebanyak 3.6 juta tong pada minggu berakhir Disember 4. Penganalisis menjangka kenaikan sebanyak 252 ribu tong, manakala Institut Petroleum Amerika (API) pula melaporkan penurunan bekalan sebanyak 1.9 juta tong.

telegram-moshed

Crude bagi penghantaran Januari di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bangkit lebih $1.29, atau lebih 3.44%, untuk diniagakan hampir setinggi $39 setong pada waktu pagi Amerika Syarikat; sebelum merudum semula pada petangnya untuk menutup sekitar $37.40 setong. Di Bursa Niaga Hadapan ICE di London pula, Brent bagi penghantaran Januari melonjak lebih $1.23, atau lebih 3.07%, untuk diniagakan hampir setinggi $41.55 setong; sebelum merudum semula untuk menutup sekitar paras $40.30 setong.

Bekalan di Cushing, Oklahoma, titik penghantaran utama bagi NYMEX, meningkat sebanyak 423 ribu tong minggu lalu, berbanding jangkaan bagi penambahan sebanyak 725 ribu tong. Jumlah inventori minyak mentah AS berada pada 485.9 juta tong minggu lepas – paras yang tidak pernah dilihat sejak sekurang-kurangnya 80 tahun yang lalu. Inventori petrol pula meningkat sebanyak 800 ribu tong, jauh di bawah jangkaan untuk penambahan sebanyak 2.2 juta tong, manakala stok simpanan sulingan meningkat sebanyak 5.0 juta tong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register