728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

Harga minyak kembali melonjak Rabu semalam, walaupun Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat melaporkan stok minyak komersil AS meningkat lebih dari jangkaan, sebanyak 3.88 juta tong berbanding jangkaan 3.86 juta tong.  Namun, angka tersebut yang rendah daripada 10.37 juta tong dalam laporan sebelumnya dan sentimen pasaran yang masih meletakkan harapan pada rundingan kerjasama OPEC, terus mengapungkan harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April melonjak lebih $2.25 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $38.50 sebelum menutup sekitar paras $38.25 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei melonjak $1.75 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $41.15 sebelum menutup sekitar paras $40.85 setong.

Akhbar Iraq Al-Sabah melaporkan, anggota OPEC dan bukan OPEC bersetuju untuk bertemu di Moscow, Russia pada 20 March ini bagi membincangkan had pengeluaran.  Harga minyak telah meningkat lebih 25% sejak idea had pengeluaran mula dibincangkan.  Arab Saudi, Qatar, Venezuela dan Russia adalah antara pemandu awal idea ini, namun hanya akan menyokong sekiranya negara pengeluar lain bersetuju untuk turut serta.

telegram-moshed

Atas dasar ini, ramai penganalisis tidak menjangka sebarang kejayaan terhadap rundingan kerjasama OPEC, memandangkan Iran sebagai pengeluar ketiga terbesar dunia tidak akan turut serta dalam menghadkan pengeluaran mereka.  Malah Iran mengatakan akan terus meningkatkan pengeluaran selepas sekatan ekonomi ke atasnya ditarik balik.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register