Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

Harga minyak mentah merudum Isnin semalam, selepas pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung dalam suasana pasaran yang masih terumbang-ambing menilai kesan kebakaran hutan di wilayah pengeluar minyak Alberta, Kanada.  Menurut pegawai Jabatan Perhutanan Kanada, api yang semakin merebak itu boleh berpanjangan hingga berbulan-bulan lamanya, sekiranya usaha memadamkannya gagal.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun merudum lebih $2.65 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $43.25, sebelum menutup sekitar paras yang sama; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai merudum lebih $2.95 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $43.50, sebelum menutup sekitar paras yang sama.

Di Alberta, beribu-ribu orang terus mengosongkan kawasan itu; sekaligus meningkatkan angka jumlah penduduk yang dipaksa meninggalkan rumah mereka, di atas 100 ribu, kerana bencana kebakaran di kawasan itu tiada menunjukkan tanda-tanda yang ianya akan perlahan. Pegawai di Fort McMurray mematikan sumber gas di bandar Alberta, selepas mendapati bahawa grid kuasa tempatan telah rosak; sekaligus membuatkan bekalan air tempatan tidak boleh diminum.

Secara keseluruhannya, tiga saluran paip utama dan hampir 12 firma pengeluaran minyak menghentikan operasi selepas pekerja mereka mengosongkan kawasan itu. Walaupun kemudahan pengeluaran minyak di wilayah Alberta tidak rosak, kira-kira 1 juta tong atau satu pertiga daripada jumlah pengeluaran harian Kanada kini telah terhenti. Kebakaran tersebut memaksa syarikat Syncrude Canada Ltd, salah satu pengusaha minyak syal yang terbesar di Kanada, untuk menggantung aktiviti pengeluaran buat masa ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register