728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 11 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-016

Minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, setelah para trader dilihat mula membeli kontrak minyak yang rendah, selepas pasaran China kembali tenang. Agak membingungkan, apabila risiko geopolitik ketegangan antara Arab Saudi dan Iran dan kemungkinan Korea Utara telah meletup uji bom hidrogen, sepatutnya menghantar harga minyak ke paras yang lebih tinggi; tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari diniagakan antara sekitar $34.35 ke $32.65 setong, sebelum menutup sekitar paras $32.90 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Februari diniagakan antara sekitar $34.70 ke 32.80 setong, sebelum menutup sekitar paras $33.55 setong. Harga minyak mentah telah jatuh lebih $74 setong, sejak mencapai paras tertinggi sekitar $107.45 setong pada pertengahan tahun lalu.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kejatuhan yang disebabkan oleh lebihan bekalan, terhasil daripada pengeluaran minyak syal AS dan Kanada, telah menyebabkan OPEC bertegas untuk tidak menurunkan pengeluaran demi untuk menjaga bahagian pasaran mereka.  Mesyuarat OPEC pada Disember lalu juga gagal mencapai kata sepakat dalam mengawal pengeluaran, selepas Iran dibenarkan untuk mengeksport minyaknya pada tahun 2017 apabila sekatan ekonomi keatasnya ditarik balik.

Pada masa yang sama, kelembapan ekonomi global yang menurunkan import minyak ekoran keperluan yang semakin berkurang, tambah memburukkan keadaan. Malah bank pelaburan seperti Goldman Sachs dan Bank of America Merill Lynch juga telah meramalkan bahawa pasaran minyak akan terus merudum, dan berkemungkinan mencapai paras terendah sekitar $20 setong pada tahun ini, sekiranya keadaan semasa berlanjutan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register