728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

Harga minyak mentah kembali melonjak Selasa semalam, selepas aktiviti pengambilan untung berhenti dan pelabur kembali memasuki pasaran dengan harapan harga akan terus melonjak, kesan dari kebakaran di wilayah pengeluar minyak Alberta, Kanada.  Kebakaran itu yang mengakibatkan pengeluaran lebih 1 juta tong sehari terhenti, meredakan kebimbangan pelabur terhadap lebihan bekalan global dan menambah keyakinan terhadap kestabilan harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun melonjak lebih $1.70 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $44.78, sebelum menutup sekitar paras $44.52 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai melonjak lebih $2.35 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $45.70, sebelum menutup sekitar paras $45.50 setong.

Menurut data IHS, explorasi deposit minyak mentah baru telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih 60 tahun, sekaligus menunjukkan kekurangan potensi bahan api fosil dalam dekad yang akan datang. Pada tahun 2015, penerokaan minyak menemui bekalan 2.8 bilion tong. Ia adalah jumlah tahunan yang paling rendah ditemui sejak tahun 1954, yang dengan jelas mencerminkan penurunan operasi penerokaan, kerana syarikat-syarikat minyak lebih berminat untuk memotong perbelanjaan dan pelaburan mereka.

telegram-moshed

Sebahagian besar deposit minyak mentah yang baru ditemui di laut dalam. Ia mengambil masa tujuh tahun, secara purata, untuk membangunkan deposit itu dan mula mengeluarkan minyak dari telaga, oleh itu, keputusan penerokaan semasa boleh membawa kepada kekurangan bekalan pada pertengahan 2020.  Berita terbaru, Menteri Minyak Arab Saudi, Sheikh Ali Al-Naimi, yang mengetuai kementerian minyak negara itu selama hampir 21 tahun, telah dilepaskan daripada tugasnya.  Rombakan tersebut adalah sebahagian daripada Wawasan Arab Saudi 2030 yang mahu menghentikan pergantungan kepada minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register