banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 11 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-018

Harga minyak mentah terus berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari kedua Selasa semalam, dengan crude bergerak sekitar $1.20 setong dari paras tertinggi harian sekitar $44.75 setong ke serendah $43.55 setong; manakala brent pula bergerak sekitar $0.90 dari paras tertinggi harian sekitar $47.85 setong ke serendah $46.95 setong; setelah Institut Petroleum Amerika melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat 6.3 juta tong berbanding hanya 500 ribu tong jangkaan pasaran.

Menurut perunding sektor tenaga yang berpangkalan di Scotland, Wood Mackenzie, syarikat-syarikat minyak telah meletakkan lebih $200 bilion perbelanjaan tertangguh kerana harga minyak mentah masih berlegar sekitar $50 setong, turun dari $114 setong pada pertengahan 2014.  Kontrak niaga hadapan diesel naik 1% kepada $1.5017 segelen dan ia boleh bertahan sehingga tahun depan; sebelum pertumbuhan ekonomi dan permintaan yang semakin meningkat untuk petrol dijangka mengambil tempat dalam pasaran minyak.

telegram-moshed

telegram-moshed

Minggu depan, trader akan mencari panduan daripada data bulanan yang dikeluarkan oleh Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Agensi Tenaga global (IEA). OPEC dilaporkan tidak bersedia untuk mengurangkan pengeluaran kecuali pengeluar bukan OPEC juga berbuat demikian.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register