728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, walaupun menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekaligus mencadangkan pasaran yang masih menaruh harapan tinggi untuk kejayaan rundingan menghadkan pengeluaran oleh anggota OPEC dan bukan OPEC di Doha, Qatar pada 17 April ini, walaupun Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bersyarat baru-baru ini.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei turun naik sekitar $1.50 setong dari paras terendah harian sekitar $39.25 ke setinggi $40.75, sebelum menutup sekitar paras $40.21 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun turun naik lebih $1.55 setong dari paras terendah harian sekitar $41.42 ke setinggi $42.99, sebelum menutup sekitar paras $42.80 setong.

Syarikat tenaga AS mengurangkan pelantar minyak untuk minggu ketiga berturut-turut kepada paras terendah sejak November 2009, menurut laporan syarikat perkhidmatan minyak Baker Hughes Inc baru-baru ini, kerana firma tenaga terus memotong perbelanjaan walaupun harga minyak di pasaran hadapan melonjak kira-kira 50% sejak mencecah berhampiran paras 13 tahun terendah pada bulan Februari lalu.

telegram-moshed

Penganalisis Goldman Sachs, yang menjangkakan harga minyak mencapai sekitar purata $35 setong pada suku kedua, memberi amaran bahawa hasil mesyuarat OPEC mungkin mencetuskan penurunan harga untuk pasaran. “Pembekuan pengeluaran pada tahap pengeluaran baru-baru ini tidak akan mempercepatkan pengimbangan semula pasaran minyak, ekoran pengeluaran OPEC (tidak termasuk Iran) dan Russia pada sepanjang tahun ini kekal hampir pada purata ramalan tahunan 2016 sebanyak 40.5 juta tong sehari,” menurut penganalisis tersebut.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register