728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

Harga minyak mentah terus jatuh sebelum mendapat bidaan semula Khamis semalam, tanpa memberikan sedikit perhatian kepada laporan inventori minyak mentah AS yang berkurang. Pasaran yang bingung kembali bertenaga, apabila minyak mentah mula pulih dan mendapat bidaan selepas pertemuan antara pengeluar OPEC Arab Saudi dan Venezuela untuk membincangkan penyelarasan harga, yang berakhir dengan beberapa tanda-tanda terhadap langkah-langkah yang bakal diambil untuk memulihkan harga.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac, jatuh lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $26.05 sebelum mendapat bidaan untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $27.30 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April juga jatuh lebih $1.40 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $29.92, sebelum mendapat bidaan untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $31.10 setong.

Di Timur Tengah, Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi bercakap tentang kerjasama antara Pertubuhan ahli Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar minyak yang lain untuk menstabilkan pasaran minyak global, dengan rakan sejawatnya dari Venezuela, tetapi tidak ada perjanjian untuk mengadakan mesyuarat awal. Menteri Minyak Venezuela Eulogia Del Pino, yang dalam rangka lawatan pengeluar minyak untuk melobi tindakan menaikkan harga, berkata pertemuannya dengan Naimi adalah “produktif ”.

telegram-moshed

Prospek kekangan bekalan membantu harga minyak naik daripada paras terendah 12 tahun yang dicapai pada bulan lepas, walaupun terdapat keraguan meluas yang perjanjian akan dicapai. Dalam beberapa tahun sebelum harga minyak merudum pada tahun lepas, pergerakan sebegini besar adalah kejadian yang jarang berlaku dan pada tahun 2013, tidak ada dagangan dengan julat sebegini luas. Tahun ini sahaja, minyak mentah telah turun 25%, selepas memuncak di atas paras $38 pada hari pertama dagangan tahun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register