banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 12 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-09

Harga minyak mentah terus merudum untuk hari ketujuh Rabu semalam, dengan crude jatuh lebih $1.45 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $42.60 setong sebelum menutup sekitar paras $42.95 setong; manakala brent pula jatuh lebih $2 setong untuk ke paras teredah harian sekitar $45.60 setong sebelum menutup sekitar paras $45.80 setong; setelah pasaran masih dalam kebimbangan bahawa ianya akan memakan masa yang lebih lama dari jangkaan, untuk permintaan mengimbangi lebihan bekalan.

“Kenaikan inventori AS terus kekal sebagai tema utama yang memandu harga minyak mentah… Iraq juga meningkatkan tekanan ke atas pengeluar minyak syal di Amerika Syarikat apabila ia telah memuatkan sekitar 10 kapal tangki dalam beberapa minggu ini, untuk menghantar minyak mentah ke pelabuhan AS pada November,” menurut laporan ANZ bank pagi ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di Asia, sentimen semakin meningkat bahawa kedua-dua ekonomi terbesar di rantau itu telah perlahan mendadak, selepas pengeluaran kilang China dilaporkan semakin perlahan dan kebimbangan muncul bahawa ekonomi Jepun mungkin telah jatuh ke dalam kemelesetan, sekaligus mengurangkan permintaan untuk minyak.  Pada masa yang sama, pasaran negara membangun sedang bergelut dengan hutang menggunung yang mengancam pertumbuhan ekonomi mereka.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register