Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

Harga minyak mentah terus memacu naik Selasa semalam, setelah spekulasi menunjukkan bahawa mungkin perjanjian untuk membendung pengeluaran melalui mesyuarat OPEC di Doha, Qatar Ahad ini akan mencapai persetujuan.  Pada masa yang sama, Institut Petroleum Amerika Syarikat melaporkan bahawa stok petrol dan produk distil minyak telah berkurang, sekaligus menunjukkan permintaan yang meningkat menjelang musim panas Jun ini.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei naik lebih $2.15 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $42.25 sebelum menutup sekitar paras $41.70 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun naik lebih $2.20 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $44.80 sebelum menutup sekitar paras $44.24 setong.

telegram-moshed

Pasaran niaga hadapan minyak melanjutkan kenaikan tajam dari hujung minggu lalu, berikutan penurunan dalam inventori Amerika Syarikat dan penggerudian, manakala gangguan dan harapan terhadap kejayaan mesyuarat OPEC telah mengapungkan harga. Dalam pada itu, import minyak mentah China meningkat hampir 25% kepada 31.8 juta tan metrik, bersamaan dengan kira-kira 8 juta tong sehari, yang merupakan purata harian tertinggi dalam rekod.

Walau bagaimanapun, masih terdapat keraguan di kalangan pemerhati pasaran terhadap mesyuarat kerjasama OPEC, terutamanya selepas Arab Saudi berkata ia akan menarik diri daripada pakatan itu jika Iran masih berdegil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga output mencecah paras sebelum sekatan kira-kira 4 juta tong sehari.  Penganalisis melihat ini sebagai faktor yang boleh mengekang kenaikan harga minyak ke paras yang lebih tinggi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register