Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2016

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, dalam reaksi pasaran kepada laporan Jabatan Maklumat Tenaga AS yang menunjukkan bekalan minyak komersil AS mengurang dan juga kepada bekalan minyak syal Kanada yang mula kembali beroperasi selepas kebakaran di wilayah pengeluar minyak Alberta, yang menyaksikan pengeluaran sebanyak 1 juta tong sehari terhenti.  Pada masa yang sama, kenaikan nilai Dollar yang terkesan dari komen agresif terbaru dari Presiden Feds cawangan Boston, Eric Rosenberg mengekang kenaikan harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $47.00 setong ke paras terendah harian sekitar $45.60 setong, sebelum menutup sekitar paras $46.38 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai naik turun dari paras terendah harian sekitar $46.80 setong ke paras tertinggi harian sekitar $48.15 setong, sebelum menutup sekitar paras $47.90 setong.

Trader menyalahkan kelemahan awal akibat aktiviti pengambilan untung belian, sebelum laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) keluar memberansangkan. EIA juga berkata jumlah pengeluaran domestik jatuh sebanyak 23 ribu tong sehari kepada 8.802 juta tong sehari pada minggu lepas; sekaligus menandakan minggu kesembilan penurunan pengeluaran berturut-turut.

telegram-moshed

Dalam berita lain, pengeksport minyak utama di Timur Tengah, Kuwait berkata, kenaikan harga baru-baru ini adalah wajar. “Berdasarkan kepada penurunan dalam pengeluaran yang telah ditunjukkan dalam tiga minggu lepas, saya menganggap secara asasnya harga mewakili kejatuhan pengeluaran,” menurut pemangku menteri minyak Kuwait Tuan Sheikh Anas al-Saleh kepada Reuters semalam.

Beliau juga berkata bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), di mana Kuwait merupakan anggota tetap, tidak akan membincangkan campur tangan pasaran untuk menyokong harga pada mesyuarat yang dijadualkan seterusnya pada 2 Jun. Sebaliknya OPEC akan memberi tumpuan kepada dialog antara kartel pengeluar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register