Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 13 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-minyak-001

Minyak mentah (crude) jatuh lebih $3 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $47 setong sebelum menutup sekitar paras $47.35 setong; manakala minyak mentah (brent) jatuh lebih $3.30 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $50.15 setong sebelum menutup sekitar paras $50.65 Isnin semalam.

Minyak mentah AS dan pengeluaran gas asli dijangka akan terus menunjukkan arah aliran yang lebih rendah pada suku keempat tahun ini, tetapi kedua-dua pasaran mungkin akan kekal dengan terlebih penawaran sepanjang 2016; serta harga kedua-dua komoditi dijangka kekal pada paras terendah tahunan. Demikian ramalan semasa daripada Ponderosa Energy.

telegram-moshed

Laporan itu memberi tumpuan kepada prospek jangka masa terdekat untuk pasaran minyak mentah, gas asli dan cecair gas asli (LNG). Ketiga-tiga komoditi tersebut telah berlegar-legar di persekitaran harga yang terendah selama berbulan-bulan, dan gas asli boleh mengakhiri 2015 dengan purata harga tahunan terendah dalam masa lebih daripada satu dekad.

Ponderosa Energy juga menjangka, minyak mentah (crude) akan jatuh sekali lagi di bawah paras $40 setong untuk masa yang singkat pada musim luruh ini; ekoran permintaan yang lemah pada kemuncak musim penyelenggaraan loji penapisan minyak. Analisis pasaran Ponderosa ini telah mengambil kira, bahawa gas asli, minyak mentah dan LNG telah menjadi saling berkaitan dalam tahun-tahun kebelakangan ini; terkesan dari pertumbuhan pengeluaran ‘shale’ yang pesat di Amerika Syarikat.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register