728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 14 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 14 April 2016

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, selepas pasaran dipenuhi dengan kegiatan mengambil untung belian dan laporan Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Ameriak Syarikat yang melaporkan pertambahan stok minyak komersil AS yang meningkat sebanyak 6.6 juta tong berbanding jangkaan pertambahan hanya sebanyak 900 ribu tong sahaja. Sebelum ini EIA melaporkan pengurangan stok minyak sebanyak 4.9 juta tong.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei turun naik sekitar $1.17 setong dari paras terendah harian sekitar $41.24 ke setinggi $42.41, sebelum menutup sekitar paras $41.71 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun juga turun naik lebih $1.17 setong dari paras terendah harian sekitar $43.77 ke setinggi $44.94, sebelum menutup sekitar paras $43.95 setong.

Trader dan pelabur dilihat mula mengambil untung selepas komen terbaru dari menteri minyak Arab Saudi, Ali Al-Naimi kepada akhbar Al-Hayat yang mengatakan pengurangan pengeluaran dari Arab Saudi adalah satu persoalan yang tidak perlu ditimbulkan.  Sebelum daripada itu, pasaran dipenuhi spekulasi bahawa Arab Saudi dan Russia telah mencapai kata sepakat menjelang rundingan kerjasama OPEC Ahad ini di Doha, Qatar.

Walau bagaimanapun, penganalisis melihat lebihan bekalan yang melampau dan pengurangan pengeluaran yang rendah, masih tidak cukup untuk menampung lebihan bekalan dan pengurangan permintaan ekoran kelembapan ekonomi global.  Kerjasama OPEC dengan negara pengeluar lain mungkin boleh menstabilkan harga minyak, tetapi tidak cukup untuk memacu harga ke paras tertinggi sebelum ini, lebih $100 setong dalam masa terdekat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register