banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 14 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-014

Minyak mentah jatuh mendadak pada hari Jumaat dengan Crude menjunam di bawah paras $36 setong buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada tujuh tahun, selepas laporan negatif daripada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang mengunjurkan pasaran tenaga global akan terus menghadapi lebihan bekalan yang melampau dalam masa terdekat.  Dalam laporan pasaran minyak Disember, yang dikeluarkan Jumaat lalu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang berpangkalan di Paris, mengunjurkan pertumbuhan permintaan global pada 2016 hanya akan berkembang sebanyak 1.2 juta tong sehari, turun daripada pertumbuhan 1.8 juta tong sehari yang dijangka untuk 2015.

Di New York Mercantile Exchange, Crude bagi penghantaran Januari susut lebih $1.55 setong untuk ke paras harian sekitar $35.15 setong sebelum menutup sekitar paras $35.35 setong. Dengan kejatuhan mendadak, kontrak niaga hadapan minyak mentah AS diniagakan pada $35 setong untuk kali pertama sejak Februari 2009, semasa krisis kewangan. Mengalami salah satu tahun yang paling buruk pernah berlaku, Crude telah menjunam lebih 10% dalam tempoh lima hari lalu, mengalami salah satu minggu yang paling buruk pada 2015.

telegram-moshed

Di Intercontinental Exchange (ICE) London pula, jualan besar-besaran dalam kontrak niaga hadapan Brent adalah lebih curam. Brent bagi penghantaran Januari menjunam lebih $2.35 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $37.35 setong sebelum menutup sekitar paras $38.30 setong. Kontrak niaga hadapan Brent juga jatuh ke paras terendah baru dalam tujuh tahun pada Jumaat lalu. Sejak OPEC mengejutkan pasaran global dengan mengekalkan kuota pengeluaran tidak berubah pada mesyuarat baru-baru ini, Brent telah jatuh sebanyak hampir 12%.

Pada masa yang sama, IEA menjangka pengeluaran dari negara bukan OPEC bakal berkurangan sebanyak 600 ribu tong sehari pada 2016; selepas pengeluar minyak syal AS dilihat terus tertekan dengan kejatuhan harga. Agensi itu menjangkakan pengeluaran domestik AS akan berkurangan sebanyak 415 ribu tong sehari, yang merupakan hampir 70% daripada jumlah penurunan tersebut. Sebagai perbandingan, pengeluaran global selain dari anggota OPEC telah melonjak sekitar 2.4 juta tong sehari pada tahun 2014; sekaligus menyumbang kepada lebihan bekalan semasa.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register