Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-09

Harga minyak mentah terus lemah selepas data menunjukkan bahawa bekalan petrol dan sulingan minyak di Amerika Syarikat meningkat dengan mendadak pada minggu lepas, sekaligus menekankan kebimbangan terhadap permintaan yang perlahan bagi produk minyak. Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) dalam laporan mingguannya melaporkan bahawa inventori petrol melonjak sebanyak 8.4 juta tong pada minggu berakhir 8 Januari, berbanding dengan jangkaan kenaikan hanya sebanyak 2.7 juta tong, manakala stok simpanan sulingan meningkat sebanyak 6.1 juta tong.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $31.70 setong ke serendah $30.10 setong, sebelum menutup sekitar paras $30.75 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Februari turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $31.85 setong ke serendah $29.95 setong, sebelum menutup sekitar paras $30.20 setong.

EIA melaporkan lagi bahawa bekalan minyak mentah di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran utama bagi Crude dari NYMEX, meningkat sebanyak 97 ribu tong pada minggu lepas. Jumlah inventori minyak mentah AS berada pada paras 482.6 juta tong minggu lepas, paras yang tidak pernah dilihat dalam masa sekurang-kurangnya 80 tahun yang lepas.

Negara Asia merupakan pengguna minyak kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, dan telah menjadi enjin yang mengukuhkan permintaan.  Walau bagaimanapun ekonomi China yang semakin perlahan, terbukti dari penurunan nilai Yuan dan lebihan kapasiti industri, telah membantutkan permintaan untuk bahan bakar bagi kegunaan kialng-kilang di China.  Pada masa yang sama, kedegilan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran demi untuk menjaga bahagian pasaran mereka telah terus memberati harga minyak.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!