728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 14 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-minyak-002

Minyak mentah (crude) jatuh untuk hari ketiga berturut-turut, lebih $1.50 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $46.40 setong sebelum menutup sekitar paras $46.55 setong; manakala minyak mentah (brent) pula jatuh ke serendah $49.60 setong sebelum menutup sekitar paras $49.70 setong Selasa semalam; setelah aktiviti pengambilan untung dan laporan mengenai pengeluaran OPEC yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, tekanan tinggal pada dolar AS apabila pasaran memfaktorkan kemungkinan bahawa Federal Reserve AS tidak akan memulakan kitaran mengetatkan dasar pada tahun ini.  Pada masa yang sama, saham-saham AS meningkat, diketuai oleh utiliti; sementara saham yang berkaitan dengan komoditi menyumbang sebahagian besar daripada kejatuhan yang timbul dalam indeks S&P 500.

telegram-moshed

Naib Pengerusi Federal Reserve AS Stanley Fischer berkata, bahawa pembuat dasar masih berkemungkinan menaikkan kadar pada tahun ini, namun itu adalah “jangkaan, bukan komitmen,” dan ianya boleh berubah jika ekonomi global memaksa ekonomi AS jauh dari sasaran.  Dalam pada itu kontrak niaga hadapan minyak mentah, diselesaikan 5.1% lebih rendah selepas memacu naik hampir 9% minggu lepas; dengan minyak mentah (brent) menghantar kejatuhan harian terbesar dalam tempoh enam minggu – turun 5.3%.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register