728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 15 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-013

Minyak mentah mengurangkan kerugian pada hari Isnin, dengan kegiatan mengambil untung, selepas jatuh ke paras terendah dalam tujuh tahun, ekoran kebimbangan berterusan ke atas lebihan bekalan global yang terus mempengaruhi pasaran.  Pada masa yang sama, perkembangan terbaru di Amerika Syarikat yang mungkin menghapuskan sekatan eksport minyak mereka tambah merisaukan pasaran dengan lebihan bekalan yang akan bertambah buruk.

Crude bagi penghantaran Januari di New York Mercantile Exchange susut lebih $1.10 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $34.55 setong, sebelum memacu naik semula lebih $2.15 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $36.70 setong dan kemudiannya menutup sekitar paras $36.20 setong. Di Intercontinental Exchange London pula, Brent bagi penghantaran Januari susut lebih $1.60 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.75 setong, sebelum memacu naik semula lebih $1.90 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $38.70 setong dan kemudiannya menutup sekitar paras $38.05 setong.  Turun naik pasaran semalam, dilihat lebih kepada kegiatan mengambil untung sebelum mesyuarat FOMC Rabu esok.

telegram-moshed

Harga minyak mentah boleh dikatakan jatuh setiap hari, sejak Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal untuk bersetuju dengan sasaran pengeluaran dalam mesyuaratnya pada 4 Disember di Vienna. Harga telah jatuh hampir 17% dalam tempoh tujuh hari yang lalu.  Dalam laporan bulanannya OPEC berkata, pengeluaran minyak mentah meningkat sebanyak 230,100 tong sehari pada bulan November kepada 31.695 juta tong – yang terbanyak sejak April 2012, selepas kartel minyak tersebut tegas dengan strategi untuk melindungi bahagian pasaran dan menekan pesaing mereka.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register