728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-018

Harga minyak mentah bangkit daripada paras terendah dalam tempoh 12 tahun Khamis semalam, di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung belian, dan penangguhan ringkas dari kejatuhan besar-besaran untuk membuka tahun baru 2016.  Pada masa yang sama, pelabur tersohor Warren Buffet dilaporkan telah menambah pegangan saham dalam syarikat penapis minyak Phillips 66, walaupun ditengah-tengah harga minyak yang telah merudum ke paras terendah dalam masa 12 tahun.

Di New York Mercantile Exchange, Crude untuk penghantaran Februari naik lebih $1.45 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $31.75, sebelum menutup sekitar paras $31.05 setong; manakala di Di Intercontinental Exchange (ICE), Brent untuk penghantaran Mac naik lebih $4.45 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $31.20, sebelum menutup sekitar $31.10 setong.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pelabur terus mencerna laporan bekalan yang menurun daripada Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) dalam Laporan Status Mingguan Petroleum bahawa AS inventori minyak mentah komersil meningkat sebanyak 0.2 juta tong pada minggu lalu, bagi minggu berakhir pada 8 Januari. Pada 482.6 juta tong, inventori minyak mentah AS kekal pada paras yang tidak pernah dilihat sejak sekurang-kurangnya 80 tahun yang lepas.

Hari ini para pelabur menantikan laporan bilangan pelantar minyak dari syarikat perunding tenaga Baker Hughes untuk mendapatkan petunjuk tentang keadaan penawaran dan permintaan dalam industri minyak dan gas Amerika Syarikat.  Seminggu sebelum ini, bilangan pelantar minyak dilaporkan jatuh sebanyak 20 buah kepada 516 buah dari pada 526 buah.  Ianya adalah minggu ketujuh daripada lapan minggu dimana bilangan pelantar telah menurun, menurut laporan syarikat tersebut.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register