728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

Harga minyak terus melemah Isnin semalam, selepas pasaran terus dipenuhi aktiviti mengambil untung belian hasil kenaikan sejak pertengahan Februari lalu.  Kenaikan lebih 50% dari paras terendah yang dicapai pada 7 Februari lalu, telah memberikan pelabur pulangan yang baik untuk menutup buku dagangan suku pertama 2016.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April susut lebih $2.05 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.70 sebelum menutup sekitar paras $37.30 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei susut lebih $1.80 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $38.80 sebelum menutup sekitar paras $39.55 setong.

Di pasaran komoditi, Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) yang memantau ‘emas hitam’ diberitakan mengeluarkan kenyataan bahawa harga minyak mungkin telah mencapai paras dasar.  Kerjasama yang mungkin dicapai antara negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC dilihat bakal menjadi pemacu kepada kenaikan harga minyak seterusnya.  Arab Saudi, Qatar, Russia dan Venezuela bakal bermesyuarat di Moscow pada 20 Mac ini untuk mencapai kata sepakat bagi menghadkan pengeluaran harga minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register