728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 15 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-minyak-003

Kedua-dua gred minyak mentah, crude dan brent, berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan crude mencatat pergerakan sekitar $1 dari paras tertinggi harian sekitar $46.90 setong ke serendah $45.90 setong, manakala brent pula mencatat pergerakan sekitar $0.80 dari paras tertinggi harian sekitar $50.05 setong ke serendah $49.25 setong; setelah pasaran terus bimbang dengan permintaan global.

Agensi Tenaga Antarabangsa melaporkan bahawa permintaan minyak global akan perlahan kepada 1.2 juta tong sehari pada tahun depan, daripada paras tertinggi lima tahun sebanyak 1.8 juta tong sehari pada tahun 2015. Sementara itu, semula aliran minyak Iran akan menambahkan lagi bekalan yang sudah sedia besar.  Keengganan pengeluar minyak untuk mengurangkan output telah mendera harga minyak untuk beberapa bulan. Namun peserta pasaran – terutamanya di Negara Pengeksport Minyak (OPEC) – mengekalkan tahap output yang sama, demi melindungi bahagian mereka dalam pasaran.

telegram-moshed

Para pedagang akan mengambil isyarat daripada anggaran mingguan Institut Petroleum Amerika dan juga data stok simpanan rasmi AS serta data pengeluaran daripada Jabatan Tenaga Amerika Syarikat yang bakal dilaporkan malam nanti. Agensi penetapan harga Platts menganggarkan stok minyak mentah komersial AS, meningkat 2.2 juta tong pada minggu berakhir 16 Oktober.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register