banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2016

Harga minyak mentah terus memacu naik Isnin semalam, selepas mesyuarat Arab-Venezuela menunjukkan sedikit tanda-tanda penyelarasan untuk meningkatkan harga. Tiada tanda-tanda nyata muncul dari mesyuarat antara Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi dan rakan sejawatannya dari Venezuela yang bersedia untuk membincangkan kemerosotan harga.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac naik lebih $1.70 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $30.70 sebelum menutup sekitar paras $30.60 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April pula naik lebih $1.25 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34.10 setong sebelum menutup sekitar paras $34 setong.

telegram-moshed

Selepas keadaan diplomasi yang tergesa-gesa sejak dua minggu lepas mengenai penurunan pengeluaran, mesyuarat di antara Venezuela dan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dilihat sebagai “make or break” untuk perjanjian dalam meningkatkan harga yang telah merosot lebih 70% sejak pertengahan 2014.

telegram-moshed

Apa yang menarik tentang minyak adalah bahawa ianya tidak seperti komoditi lain seperti logam berharga, kerana faktor-faktor yang menyokong permintaan dan bekalan minyak adalah campuran faktor ekonomi dan politik. Faktor terkenal – yang menyebabkan lebihan bekalan – termasuklah peningkatan pengeluaran minyak syal di Amerika Syarikat, keputusan OPEC untuk tidak mengurangkan pengeluaran dan kemasukan Iran ke dalam pasaran minyak selepas sekatan ekonomi ke atasnya diangkat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register