Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 16 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-013

Minyak mentah terus merudum untuk hari kelapan Jumaat lalu, dengan crude jatuh lebih $1.90 setong untuk ke paras paras terendah harian sekitar $40.20 setong sebelum menutup sekitar paras $40.70 setong; manakala brent pula jatuh lebih $1.70 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $44.25 setong sebelum menutup sekitar paras $44.55 setong; setelah bekalan minyak dunia terus meningkat bersama tahap inventori Amerika Syarikat.

Pengeluaran dan bekalan minyak dunia dijangka terus berkembang apabila Arab Saudi menolak OPEC ke hadapan dalam serangannya ke atas pengeluar minyak syal AS. Minyak mentah menghadapi prestasi mingguan terburuk dalam tempoh tiga bulan, ekoran kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang perlahan dan pengukuhan Dollar AS menyebabkan trader komoditi menekan butang jualan.

telegram-moshed

“‘Open interest’ meningkat sebanyak 33 ribu kontrak, jadi itu adalah satu tambahan signifikan terhadap jualan,” kata ketua perdagangan ekuiti tunai di BNP Paribas AS, Darren Wolfberg pada CNBC dalam rancangan “Futures Now” pada Khamis lalu.  Wolfberg menjelaskan bahawa apabila ‘open interest’ meningkat pada hari aset tersebut jatuh – minyak mentah jatuh 3% pada Rabu – ia bermakna bahawa trader membuat pertaruhan baru yang harga akan jatuh lebih rendah. Sebaliknya, beliau menambah bahawa pada awal Oktober, peningkatan dalam ‘open interest’ terikat kepada harga yang lebih tinggi, ianya mencerminkan kecenderungan kepada kontrak belian.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register