728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 16 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-minyak-004

Minyak mentah (crude) yang jatuh lebih $1.30 sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $45.20 setong, kembali memacu naik pada petang New York hampir setinggi $47 setong sebelum menutup sekitar paras $46.80 setong; manakala minyak mentah (brent) pula mencapai paras terendah harian sekitar $48.80 setong sebelum memacu naik dan menutup sekitar paras $50.20 setong Khamis semalam.

Data daripada kumpulan industri Institut Petroleum Amerika menunjukkan bahawa inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 9.4 juta tong pada minggu lepas kepada 465.96 juta tong simpanan keseluruhan, berbanding dengan jangkaan penganalisis untuk peningkatan sebanyak 2.8 juta tong sahaja.  Stok minyak mentah di pusat penghantaran Cushing, Oklahoma pula, meningkat sebanyak 1.4 juta tong, menurut API.

telegram-moshed

telegram-moshed

Tetapi beberapa penganalisis optimistik mengenai prospek jangka panjang bagi pasaran minyak.  “Keputusan unjuran senario asas harga Brent mencapai $85 setong pada tahun 2020, sekitar $20 lebih tinggi daripada harga pasaran niaga hadapan untuk kontrak 2020 iaitu kira-kira $ 65 setong,” menurut Barclays dalam laporannya kepada pelanggan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register