Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

Harga minyak melonjak naik Isnin semalam, selepas penjual utama Goldman Sachs berkata bahawa pasaran telah mengakhiri hampir dua tahun lebihan bekalan dan menjadi defisit berikutan gangguan pengeluaran minyak global. Harga telah dipacu naik oleh harapan bahawa lebihan minyak global akan menghampiri titik akhir dan petunjuk ekonomi yang kukuh dari Amerika Syarikat dan Jerman mampu menimbulkan cahaya yang positif kepada pertumbuhan dalam permintaan bahan api.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun melonjak lebih $1.80 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $47.98 setong, sebelum menutup sekitar paras $47.95 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai melonjak lebih $1.70 setong ke paras tertinggi harian sekitar $49.47 setong, sebelum menutup sekitar paras $49.08 setong.

Penurunan pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat dan keyakinan terhadap pembekuan yang dicadangkan dalam pengeluaran minyak, akan dibincangkan oleh pengeluar OPEC pada mesyuarat pada 2 Jun ini, khususnya bagi membantu meningkatkan harga.  “Kita mempunyai bekalan yang telah menurun di Amerika Syarikat dan kadar pelantar yang menurun,” kata Bjarne Schieldrop, penganalisis Ketua komoditi, Bank SEB di Oslo. “Kita campurkan dengan gangguan di Nigeria …  meletakkan Doha di atas, dan mata kita sedang melihat ke arah mengetatkan pasaran.” tambah beliau lagi.

Pengeluaran minyak Russia boleh jatuh pada bulan akan datang, menurut sumber berita pada hari Jumaat, manakala menteri tenaga negara tersebut melahirkan harapan bahawa negara-negara pengeluar (OPEC) boleh bersetuju mengenai pembekuan output pada mesyuarat Jun ini. Bank of America Merrill Lynch berkata dalam satu nota kepada pelanggan bahawa pengeluaran minyak syal AS berada dalam “jatuh bebas” dan bahawa “apabila lebihan minyak global bermula untuk dikurangkan, minyak mentah seharusnya menunjukkan jalan.”

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register