728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

Harga minyak merudum Jumaat lalu, setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat kerjasama OPEC di Doha, Qatar pada Ahad semalam.  Berita terbaru dari Doha mengatakan bahawa Arab Saudi telah menangguhkan mesyuarat tersebut tidak beberapa lama selepas ia bermula, apabila menteri minyak Iran dilaporkan tidak hadir.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei jatuh lebih $2.00 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $40.00, sebelum menutup sekitar paras $40.37 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun jatuh sekitar $2.15 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $42.31, sebelum menutup sekitar paras $42.85 setong.

Semalam, Arab Saudi menuntut untuk Iran menyertai perjanjian global dalam membekukan pengeluaran minyak, sekaligus menjejaskan perjanjian antara OPEC dan pengeluar bukan OPEC yang sepatutnya membantu mengurangkan lebihan dan menaikkan harga minyak mentahKira-kira 18 negara dari OPEC dan bukan OPEC, termasuk Russia, telah bersetuju untuk berunding pada pagi Ahad semalam di ibu negara Qatar, Doha dan memeterai perjanjian tersebut.

Perjanjian untuk membekukan pengeluaran pada tahap Januari sehingga hingga Oktober 2016 ini, nampaknya telah gagal apabila Arab Saudi berubah pendirian dengan berkeras mahukan Iran turut serta.  Sebelum ini, Arab Saudi bersama Russia telah mempelopori rundingan kerjasama tersebut, dengan mengatakan perjanjian akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Iran.

Dengan perjanjian yang kini ditangguhkan, menteri-menteri minyak OPEC di Doha berjumpa dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani – yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan kestabilan pengeluaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini.  Draf baru penjanjian dikatakan akan digubal semula bagi mencapai kata sepakat tentang had pengeluaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register